Menurut Mohd Firdaus Che Yaacob (2018), naratif lisan adalah salah satu corak perkembangan dalam dunia sastera yang dilakukan oleh orang Melayu terdahulu. Kajian ini juga menggunakan buku Naratif Lisan Di Pengkalan Datu, Kelantan
sebagai maklumat dalam trankripsikan cerita rakyat ke dalam bentuk lirik lagu rakyat dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam buku tersebut. Kajian ini dilaksanakan kerana pengkaji melihat kelompongan berdasarkan kepada kajian-kajian lepas tidak ada mana-mana pengkaji membuat kajian ini. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti, menganalisis dan merumuskan nilai-nilai murni yang ada dalam lirik lagu rakyat berdasarkan teks Seuntaian Naratif Lisan Di Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Batasan kajian adalah cerita rakyat yang dipilih melalui buku Seuntaian Naratif Lisan Di Sungai Pengkalan Datu, Kelantan iaitu Kota Jembal, Kain Sutera
Cina, Kemasyhuran Pantai Pengkalan Datu, Asal Usul Kampung Babong, Kepesatan Pengkalan Parit, Keajaiban Si Kera Putih, Kisah Sekumpulan Tupai, Asal Usul Wakaf Aik, Asal Usul Datu, Lipat Sanggul Penempatan Residen British, Milik Siapakah Saka Itu, Kehebatan Laksamana Laut, Mak Su Nab Ular, Tok Guru Haji Awang Ulama Tercipta. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif sebagai pencarian maklumat iaitu kepustakaan, teks. Kajian ini juga telah mengaplikasikan dengan Teori Pengkaedahan Melayu sebagai penguat dalam kajian. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif dalam mendapatkan maklumat. Hasil dapatan kajian membuktikan
bahawa lirik lagu yang dibuat telah menimbulkan beberapa nilai murni yang dapat memberi pengajaran kepada masyarakat yang akan datang.