Ulik Mayang merupakan sebuah seni persembahan yang mempunyai unsur nyanyian dan tarian. Ulik Mayang secara umumnya mengisahkan tentang para nelayan yang lemas di lautan dan penduduk kampung telah menggunakan lagu Ulik Mayang untuk menyeru tujuh puteri untuk menyelamatkan para nelayan kerana lirik lagu ini mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat. Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejarah dan kepercayaan terhadap Ulik Mayang yang mempunyai elemen-elemen spriritual dan keagamaan. Selain itu, Metodologi kajian yang digunakan di dalam kajian ini bertujuan untuk memudahkan pengkaji memperolehi maklumat dan data kerana ianya menggunakan kaedah kualitatif dimana kaedah ini merangkumi kaedah temu bual. Kajian ini dijalankan kerana terdapat beberapa persoalan atau isu yang jarang mendapat perhatian oleh para penyelidik yang lain. Akhir sekali, tujuan utama kajian ini untuk melihat sejarah dan kepercayaan terhadap Ulik Mayang yang mempunyai unsur keagamaan dan sprititual.