Digital Special Collection Portal

Kepentingan Beting Beras Basah Dalam Institusi Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan Kepada Masyarakat


Citation

Mohd Pauzi, Mohammad Izzuddin (2022) Kepentingan Beting Beras Basah Dalam Institusi Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan Kepada Masyarakat. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kepentingan Beting Beras Basah Terhadap Institusi Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan”. Beting Beras Basah terletak di Kuala Sungai Perak, Daerah Bagan Datuk. Mengikut sejarah, di sinilah bermulanya Sultan Perak yang pertama berangkat masuk ke Negeri Perak. Pengkaji menyasarkan kajian berkenaan Beting Beras Basah ini kerana ia merupakan antara lokasi wajib dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak yang baharu. Cerita hanya dipercayai benar-benar berlaku suatu masa dahulu dan diwarisi secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Salah satu kepentingan sumber tradisi Melayu dikesani wujud dalam konteks asal-usul raja, negeri dan adat istiadat kesultanan Perak yang memperlihatkan beberapa variasi dalam pengekalan dan penyimpangannya. Objektif kajian ini adalah Mengetahui keistimewaan muara Beting Beras Basah sebagai lokasi upacara pertabalan Sultan Perak yang perlu dipelihara. Seterusnya adalah Mengetahui pandangan masyarakat mengenai keistimewaan Beting Beras Basah. Dan akhir sekali adalah untuk Mencadangkan kaedah promosi yang boleh dilakukan bagi memperkenalkan Beting Beras Basah kepada masyarakat dalam dan luar negara. Kaedah pemerhatian, temu ramah dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Kajian ini akan menimbulkan isu kepentingan nilai warisan kepada Beting Beras Basah kepada pelbagai pihak sekiranya langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dibuat. Hal ini seterusnya dapat menghargai nilai warisan ketara yang berharga ini khususnya untuk generasi yang akan datang.

Download File / URL

[thumbnail of C18A0119_MOHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD PAUZI.pdf] Text
C18A0119_MOHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD PAUZI.pdf - Published Version

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 77
Supervisor: Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3683
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2