Bagi memenuhi keperluan sukatan tahun akhir bagi Ijazah Sarjana Muda bagi kursus Pengajian Warisan, suatu kajian telah dijalankan iaitu kajian berkenaan Pengurusan Koleksi Alat Permainan Tradisional Wayang Kulit bertempat di Muzium Negeri Kelantan, Kelantan Darul Naim. Bagi kajian kajian ini, terdapat dua objektif yang menjadi tujuan utama kajian ini dijalankan iaitu mengenal pasti konsep sebenar pengurusan koleksi permainan tradisional wayang kulit yang dilakukan di Muzium Negeri Kelantan, Mengetahui prosedur pengurusan koleksi permainan tradisional wayang kulit serta mengkaji kaedah penjagaan yang berkesan yang mampu menjaga keaslian permainan tersebut. Selain itu, kajian ini juga dapat menghuraikan proses – proses dengan lebih terperinci berkaitan sistem penjagaan alatan tradisional yang dilakukan oleh kakitangan-kakitangan Muzium. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini memudahkan pengkaji untuk mendapatkan data. Akhir sekali, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan kepada masyarakat bagaimana sistem pengurusan penjagaan tinggalan-tinggalan sejarah dijaga nilai keasliannya agar tidak mudah rosak dan pupus ditelan zaman.