Digital Special Collection Portal

Pemuliharaan Pertukangan Tembaga Di Kampung Ladang, Terengganu


Citation

Mohamed, Dalila (2022) Pemuliharaan Pertukangan Tembaga Di Kampung Ladang, Terengganu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka sejarah dan perkembangan seni pertukangan tembaga di Terengganu, menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan pertukangan tembaga di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu dan mencadangkan langkah yang sewajarnya dalam memulihara dan memelihara seni pertukangan tembaga di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu. Kaedah kualitatif yang merangkumi kaedah temu bual dan juga kaedah kepustakaan digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan kajian. Kajian ini juga turut menggunakan teori Fungsionalisme yang dikemukan oleh Talcott Parson (1930). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua informan yang ditemu bual mengetahui tentang sejarah dan perkembangan seni pertukangan tembaga di Terengganu. Penerimaan informan terhadap pemuliharaan pertukangan tembaga ini adalah sangat memuaskan dan juga diterima dengan baik. Namun begitu, pembangunan yang pesat di Kampung Ladang serta kekurangan pelapis-pelapis baharu untuk menyambung legasi pembuatan tembaga merupakan antara faktor yang mempengaruhi kemerosotan pertukangan tembaga di Kampung Ladang. Oleh itu, pemeliharaan dan juga pemuliharaan yang sewajarnya perlu dilakukan untuk mengekalkan seni pertukangan tembaga ini dengan memberikan pendedahan berkaitan dengan kemahiran pertukangan tembaga, bengkel atau kursus pertukangan tembaga serta kempen-kempen yang berkaitan dengan seni pertukangan tembaga perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib. Secara tidak langsung, dapat mengekalkan seni pertukangan tembaga ini agar tidak luput ditelan zaman.

Download File / URL

[thumbnail of DALILA BINTI MOHAMED C18A0055.pdf] Text
DALILA BINTI MOHAMED C18A0055.pdf - Published Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 112
Supervisor: Dr. Daeng Haliza Binti Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3678
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2