Malaysia adalah sebuah Negara yang kaya dengan warisan yang tidak ternilai oleh kerana ini penyelidik ingin melakukan satu kajian perubahan yang berlaku keatas reka bentuk Masjid Lama Kedai Mulong. Masjid ini dahulunya adalah sebuah balai rong yang berada di Kota Bharu sebelum dipindah ke Mulong yang dikenali nama tempat kedai Mulong. Dalam kajian ini mempunyai penyataan masalah bagi penyelidik iaitu Masih Kurang kajian berkaitan dengan kajian yang ingin dilakukan dan rujukan berkaitan Masjid Lama Kedai Mulong, kajian ini mempunyai tiga objektif yang ingin dikaji pertama Mengetahui ciri-ciri seni bina Masjid Lama Kedai Mulong yang mana masih ada masyarakat yang tidak tahu akan ciri-ciri masjid Lama Kedai Mulong dar pembuatan tapak sehingga pembuatan bumbung. Objektif Kedua adalah mengenalpasti kerja-kerja pemuliharaan ke atas Masjid Lama Kedai Mulong dimana langkah konservasi yang berlaku keatas Masjid Lama Kedai Mulong tidak banyak yang tahu akan perjalanan. Ketiga objektif adalah menyiasat perubahan yang berlaku keatas reka bentuk Masjid Lama Kedai Mulong dari awal sehingga siap dikonservasi. Kajian ini telah memilih kaedah untuk digunakan adalah keadah kualitatif iaitu melalui temu bual, analisis dokumen dan juga daripada rujukan internet, perpustakaan dan lain-lain. Seterusnya, apabila kajian ini dilakukan akan menjawap isu berkaitan dengan perubahan yang berlaku ke atas masjid lama Kedai Mulong.