Citation
Md Daud, Fatin Najihah (2022) Kepentingan Perlindungan Dan Pengurusan Warisan Kompleks Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted) |
Abstract
Sejarah perkembangan Islam di Kelantan ini secara tidak langsung menjadi ingatan dan titik bersejarah kepada masyarakat setempat terutamanya masyarakat Kelantan. Raja-Raja Kelantan kebanyakannya dikebumikan di Makam DiRaja Langgar yang merupakan tanah pemakaman Islam yang telah menempatkan makam-makam kesultanan sejak kemangkatan Long Yunus (1765-1795), iaitu pengasas kesultanan Kelantan moden. Hal ini menjadikan Makam DiRaja Langgar sebagai salah satu destinasi buat rakyat jelata untuk menziarahi makam-makam Sultan dan Raja Kelantan. Kajian terhadap makam ini bertujuan melihat sejauhmana perlindungan dan pengurusan yang dilakukan oleh pihak berkepentingan iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) serta menganalisis peranan mereka dalam menguruskan makam ini. Kajian ini dibincangkan dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temubual dan pemerhatian. Begitu juga kajian ini menggunakan pendekatan Teori Pengurusan Henry Fayol 1916 yang diaplikasikan dalam pengurusan terhadap Makam DiRaja Langgar. Hasil dapatan kajian melalui temu bual dan pemerhatian mendapati mereka mempunyai pengetahuan luas mengenai sejarah dan latar belakang pembinaan serta keadaan semasa Makam DiRaja Langgar begitu juga peranan pihak bertanggungjawab berada tahap memuaskan kerana makam-makam di sini masih dilindungi dan pengurusannya dalam keadaan baik juga terkendali. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2022 |
Number of Pages: | 119 |
Supervisor: | Dr. Daeng Haliza Binti Daeng Jamal |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3672 |
Statistic Details: | View Download Statistic |