Tarian Mongigol Sumundai merupakan tarian tradisional etnik kaum Rungus yang kebanyakkannya menduduki kawasan daerah Kudat, Matunggong, Kota Marudu, Pitas di negeri Sabah. Tarian ini dipersembahkan pada majlis keramaian, Pesta Kaamatan mahupun ritual tertentu. Kajian in berfokus kepada asal usul tarian Mongigol Sumundai, ragam pergerakan dan konsep persembahan yang digunakan dalam persembahan tarian Mongigol Sumundai. Hasil analisis kajian ini mendapati bahawa tarian Mongigol Sumundai berasal daripada pahlawan yang pulang dari peperangan dan juga terdapat elemen peniruan aksi haiwan. Selain itu, ragam pergerakan yang dapat dijumpai adalah 11 jenis ragam pergerakan. Disamping itu, terdapat dua konsep persembahan yang digunakan dalam tarian Mongigol Sumundai. Kajian sebegini amatlah penting kepada masyarakat agar dapat mengenali dan memahami maksud pergerakan dan konsep persembahan dengan lebih jelas