Kajian ini memfokuskan kepada lagu dikir barat cikgu naim yang mempunyai nilai-nilai moral didalam persembahannya dengan tiga objektif iaitu menghuraikan lirik dikir barat yang mempunyai nilai positif kepada masyarakat, mengkaji kaedah yang digunakan oleh pendikir barat bagi mengadakan persembahan dikir barat semasa pandemik covid 19 dan menganalisis nilai moral yang terdapat dalam lirik lagu dikir barat. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, penyelidik memilih kota jembal, kedai lalat ,16150 kota bharu Kelantan sebagai skop kajian dengan melakukan temu bual dan penyelidikan penyertaan sebagai metodologi kajian. Dari perspektif sejarah,Dikir barat pada masa kini masih lagi sama-samar daripada mana asalnya permainan ini.Banyak pendapat yang diperkatakan mengenai dikir barat.Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa yang dikir barat ini asalnya daripada Selatan Siam Pada zaman dahulu, Dikir barat merupakan sebuah permainan tradisional yang diminati dimainkan oleh Masyarakat dinegeri Kelantan,Dikir ini kebiasaannya wujud di dalam kampung-kampung serta pinggir bandar.Dikir barat ini merupakan satu persembahan tradisional dinegeri Kelantan dan ianya dijadikan sebagai satu hiburan rutin oleh masyarakat setempat yang dimainkan pada waktu-waktu lapang bukan sahaja dimainkan Ketika adanya keramaian.Dikir kemudian diperkenalkan ke istana Raja Rama. Dengan semua pernyataan ini menunjukkan bahawa perkataan dikir pada asalnya berasal dari perkataan Zikir dari perkataan Arab dan juga mempunyai hubungan dengan unsur-unsur Islam.