Penelitian kajian ini adalah untuk menelusuri isu wanita yang sering mendapat perhatian dalam medan kesusasteraan. Kajian ini menjurus kepada pemerihal wanita dan pendekatan Ginokritik oleh Elaine Showalter dengan mengaplikasikan empat model utama dalam ginokritik. Selain itu, untuk perbincangan yang lebih mendalam tentang peringkat perkembangan Feminisme Barat dan melihat dalam sudut pandangan Islam tentang kedudukan wanita mengikut aspek ekonomi, politik dan pendidikan. Secara keseluruhannya kajian ini berbentuk kualitatif dengan mempraktikkan analisis kandungan dalam penelitian yang dijalankan. Melalui kaedah kualitatif pengkaji mengkaji teks novel Cinta Suci Zahrana karya Habiburrahman El Shirazy untuk meneliti aspek perjuangan melalui pendidikan, pekerjaan, kekeluargaan, emosi dan sosial. Hasil dapatan kajian memperlihatkan penulisan cerita ini sarat dengan perjuangan seorang wanita dalam menjalani kehidupan. Di samping itu, mengenalpasti pendekatan ginokritik dalam menilai penulisan dalam karya kecenderungannya mengungkapkan ketulusan pengarang dalam menstereotaipkan watak wanita dengan baik. Kajian ini juga menganalisis perbandingan antara Feminisme Barat dan sudut pandangan Islam ini secara meluas untuk mengbongkarkan kebenaran kedudukan seorang wanita.