Konsep tarian Igal adalah sebuah tari tradisi bagi masyarakat di kawasan Pantai Timur, Sabah khasnya masyarakat Bajau. Keharmonian dan keseimbangan tarian Igal terhadap pengaruh modenisasi telah mencetuskan kreativiti dalam masyarakat ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti teknik seni tarian Igal-Igal dan mengkaji kesan pengaruh modenisasi dalam seni tarian Igal-Igal dalam kalangan etnik Bajau Pantai Timur, Sabah terutama di kawasan daerah Semporna. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu pengumpulan data berdasarkan kaedah temu bual, membuat kajian pustaka dan rujukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. Melalui kerjasama daripada informan, dapat menghuraikan teknik pergerakan uatama atau asas tarian Igal dan kesan pengaruh yang dapat dilihat pada hari ini. Akhir sekali, tujuan kajian ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada masyarakat lain tentang keunikan warisan Tarian Igal yang popular bagi masyarakat Bajau di kawasan Pantai Timur, Sabah.