Kajian ini berdasarkan persembahan Main Peteri sebagai sebuah bentuk drama terapi Melayu
di Kampung Laut, Tumpat. Kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejarah dan perkembangan
Main Peteri di Negeri Kelantan serta mengenalpasti fungsi Main Peteri serta unsur mistik
yang terdapat dalam seni persembahan ini. Selain itu, dalam kajian yang dilakukan ini dapat
mengkaji usaha dalam memelihara dan memulihara seni persembahan Main Peteri yang
merupakan salah satu warisan di Negeri Kelantan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini
adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif. Disamping itu, kajian menggunakan kaedah
pengumpulan data melalui pelbagai jenis antaranya temubual, kajian lapangan, kaedah
perpustakaan dan rujukan Internet. Oleh itu, tujuan projek penyelidikan ini dijalankan juga
bertujuan menjelaskan cadangan kepada pihak berwajib supaya seni persembahan Main
Peteri ini terus dipelihara dan terjaga supaya dapat dipromosikan secara meluas sehingga
generasi akan datang.
Kata Kunci: Main Peteri, sejarah dan perkembangan, unsur mistik, memelihara dan
memulihara, Kelantan