Digital Special Collection Portal

Pengaruh Motif Ukiran Dan Seni Bina Di Masjid Lama Parit Istana Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Citation

Azemi, Mohamad Azuan Elahee (2022) Pengaruh Motif Ukiran Dan Seni Bina Di Masjid Lama Parit Istana Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian “Pengaruh motif ukiran dan seni bina di Masjid Lama Parit Istana, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Masjid lama Parit Istana merupakan antara masjid lama yang terdapat di Negeri Sembilan. Masjid lama Parit Istana ini telah berusia 218 tahun yang telah dibina pada tahun 1796. Masjid ini dibina oleh masyarakat disini yang terbahagia kepada empat suku utama iaitu, suku Biduanda yang merupakan suku kaum utama, suku kaum Seri Lemak, suku kaum Tiga Nenek, dan juga suku kaum Acheh. Istimewanya masjid ini masih kekal bentuk asal dan dipercayai tiada perubahan atau penembahan pada reka bentuk masjid. Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian berkenaan masjid lama di Negeri Sembilan kerana masih kurang mendapat prihatian dan sambutan daripada pihak yang bertanggungjawab. Seni bina dan ukiran merupakan salah satu elemen dalam pemuliharaan sesuatu tapak warisan. Antara permasalah kajian dalam kajian pengkaji ialah tiada kajian terhadap ciri-ciri seni bina dan pengaruh motif ukiran terhadap masjid ini. Objektif kajian ini ialah mengkaji ciri-ciri seni bina masjid Lama Parit Istana, mengenalpasti motif ukiran pada elemen seni bina masjid Masjid Lama Parit Istana, dan terakhir ialah mengenalpasti pengaruh motif ukiran pada elemen seni bina masjid Parit Lama Parit Istana. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah tertumpu kepada metadologi kualitatif. Pengkaji melakukan kajian dengan secara atas talian, temubual dari sumber perpustakaan. Kajian penyelidikan ini akan mengenal pasti nilai sejarah dan kepentingan masjid lama yang terdapat di Negeri Sembilan. Kajian ini juga akan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa masjid lama yang terdapat di kawasan mereka merupakan aset warisan yang perlu dipelihara.

Download File / URL

[thumbnail of MOHAMAD AZUAN ELAHEE BIN AZEMI C18A0102.pdf] Text
MOHAMAD AZUAN ELAHEE BIN AZEMI C18A0102.pdf - Published Version

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 121
Supervisor: Sahrudin Bin Mohamed Som
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3650
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2