Kajian ini menumpukan kepada aspek pengurusan Muzium Negara Malaysia. Kajian ini menfokuskan tentang inisiatif pihak muzium dan juga penglibatan pelawat di Muzium Negara Malaysia ketika pandemic Covid-19. Objektif utama kajian ini adalah mengkaji pola lawatan ke Muzium Negara Malaysia ketika Covid-19. Kajian ini penting kerana dapat memberi pengetahuan yang baru kepada masyarakat berkenaan dengan pengurusan muzium ini ketika pandemik. Hal ini juga dapat dilihat dalam usaha muzium negara Malaysia mempromosikan muzium ketika semua muzium di dunia tidak boleh dibuka seperti biasa. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui kaedah pemerhatian, temubual, teknik pengumpulan data dan rujukan internet. Daripada kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa Muzium Negara Malaysia menggunakan cara mempromosikan muzium di semua platform media sosial supaya pelawat daripada luar negeri atau negara dapat mengikuti aktiviti muzium ketika musim pandemik ini. Oleh itu daripada kaedah-kaedah ini membuktikan Muzium Negara Malaysia mempunyai sistem pengurusan yang sangat bagus ketika musim pandemik Covid-19 ini.