Citation
Arham Abdullah (2026) Lentera Hikmah Naib Canselor #64: Menjaga hati daripada bersangka buruk sesama rakan sekerja. [Corporate Memory] |
Abstract
Menjaga hati daripada bersangka buruk sesama rakan sekerja Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Prasangka buruk sesama rakan sekerja boleh merosakkan hubungan, mengganggu keharmonian tempat kerja dan menghilangkan keberkatan dalam pekerjaan. Kadangkala kita dengan mudah membuat andaian hanya kerana salah faham, perbezaan pendapat atau mendengar cerita tanpa mengetahui perkara sebenar. Islam mengajar kita supaya sentiasa berbaik sangka dan tidak terburu-buru menghukum orang lain. Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa.” Apabila hati dipenuhi sangka baik, hubungan sesama rakan menjadi lebih harmoni, kerja lebih tenang dan suasana tempat kerja juga lebih positif. Apabila hati mula dipenuhi prasangka, fitnah dan gosip, sedikit demi sedikit kepercayaan dan ukhuwah akan mula hilang. Sebab itu, biasakan tabayyun (selidik dahulu) sebelum membuat kesimpulan dan jagalah hati daripada menilai orang lain secara berlebihan. Hati yang bersih melahirkan hubungan kerja yang harmoni, saling menghormati dan penuh keberkatan. Ikhlas, |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 17 May 2026 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/18120 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
