Makanan tradisional merupakan salah satu elemen penting dalam warisan budaya tidak ketara yang mampu mencerminkan identiti dan jati diri sesuatu komuniti. Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi generasi muda terhadap makanan warisan masyarakat Banjar iaiti Nasi Gaul di Parit 3 Timur, Sungai Besar, Selangor. Hal ini menjadikan kajia yang yang dijalankan ini telah menumpukan kepada tiga objektif utama iaitu mengenal pasti kepentingan makanan tradisional Nasi Gaul, mengkaji persepsi generasi muda terhadap hidangan warisan ini, serta membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melestarikan Nasi Gaul bagi memastikan usaha pemeliharaan makanan warisan dapat dilaksanakan dengan baik. Kajian ini juga telah menggunakan pendekatan secara campuran dengan mengabungkan dua kaedah kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan maklumat. Kajian ini juga telah menggunakan skala likert sebagai cara analisis data bagi mendapatkan penilaian terhadap persepsi generasi muda serta temubual bersama informan terpilih dalam mendapatkan data dalam konteks sejarah, nilai dan kaedah pembuatan makanan warisan. Hasil kajian ini mampu menampilkan kepentingan Nasi Gaul dalam menjadi lambang identiti masyarakat Banjar. Perkara ini juga menyentuh persepsi generasi muda terhadap makanan warisan Nasi Gaul yang semakin terhakis akibat perubahan gaya hidup dan pengaruh makanan moden. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah terbaik bagi memastikan usaha pemeliharaan makanan warisan dapat dilaksanakan dengan baik. Hal ini menyentuh penggunaan media sosial, kewujudan festival makanan warisan dan pendidikan bagi meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap makanan warisan. Secara keseluruhan, kajian ini bertujuan menyumbangkan usaha pemeliharaan dan pendokumentasi warisan tidak ketara sekali gus menjadi rujukan kepada kajian akan datang.
Kata Kunci: Makanan tradisional, Nasi Gaul, Masyarakat Banjar, generasi muda, warisan tidak ketara, pelestarian warisan