Digital Special Collection Portal

UPACARA PERALIHAN (RITES OF PASSAGE) MASYARAKAT BABA NYONYA DI PULAU PINANG


Citation

SITI SOLEHAH AZIZAN (2025) UPACARA PERALIHAN (RITES OF PASSAGE) MASYARAKAT BABA NYONYA DI PULAU PINANG. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Upacara peralihan (rites of passage) merupakan sebuah amalan atau adat yang penting bagi masyarakat Baba Nyonya di Pulau Pinang dalam usaha mengekalkan identiti dan warisan kebudayaan tidak ketara mereka. Upacara ini merangkumi pelbagai peristiwa penting dalam kehidupan seseorang individu dalam masyarakat Baba Nyonya seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian yang dipengaruhi oleh gabungan budaya Cina dan Melayu. Namun, amalan dalam upacara peralihan kurang diketahui oleh generasi muda masyarakat Bab Nyonya. Justeru, kajian ini dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam simbolisme dan adat resam dalam upacara peralihan. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini iaitu: mengenal pasti ritual utama yang berlaku dalam upacara peralihan, mengkaji penerimaan generasi muda terhadap ritual yang dijalankan dalam upacara peralihan dan menganalisis langkah-langkah yang perlu diambil dalam melestarikan ritual dalam upacara peralihan masyarakat Baba Nyonya. Kajian ini menggunakan kaedah campuran melalui sesi temu bual, pemerhatian dan borang soal selidik. Seorang informan utama telah ditemu bual dan seramai 180 orang responden menjawab borang soal selidik yang diedarkan secara rawak. Data daripada hasil kajian dianalisis menggunakan analisis tematik dan deskriptif. Hasil kajian menunjukan bahawa, walaupun terdapat usaha untuk mengekalkan tradisi asal masyarakat ini, beberapa aspek daripada upacara ini telah mengalami penyesuaian bagi menyesuaikan upacara ini selari dengan peredaran zaman. Kajian ini memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan upacara peralihan dalam mengekalkan jati diri dan identiti masyarakat Baba Nyonya khususnya di Pulau Pinang dalam memastikan kelangsungan warisan budaya tidak ketara.
Kata kunci: Upacara peralihan, Baba Nyonya, Warisan tidak ketara, adat resam, Pulau Pinang, identiti budaya.

Download File / URL

[thumbnail of SITI SOLEHAH BINTI AZIZAN_C21A2189.pdf] Text
SITI SOLEHAH BINTI AZIZAN_C21A2189.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 93
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17362
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2