Digital Special Collection Portal

PENELITIAN TEORI KEINDAHAN BRAGINSKY MENERUSI PERBEZAAN PANTUN MELAYU DENGAN HAIKU DALAM KARYA- KARYA TERPILIH.


Citation

NUR AINA NATASHA RAZALI (2024) PENELITIAN TEORI KEINDAHAN BRAGINSKY MENERUSI PERBEZAAN PANTUN MELAYU DENGAN HAIKU DALAM KARYA- KARYA TERPILIH. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Pantun merupakan satu bentuk khazanah yang perlu dipelihara dan dikekalkan ini tidak asing kepada masyarakat Melayu yang sudah diperluas dengan menghasilkan daya pemikiran yang baik kepada masyarakat. Pantun memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia kerana kebolehannya mengekspresikan idea, emosi, persepsi, perubahan, simbol, dan banyak lagi. Haiku boleh ditakrifkan sebagai perasaan manusia dengan alam semula jadi. Keindahan alam dengan kandungan budaya Jepun yang menjadi tunjang utama. Sepanjang menjalani kajian ini, pengkaji mengenalpasti bahawa terdapat beberapa permasalahan. Antaranya, masyarakat yang tidak peka kepada keindahan pantun dan haiku oleh kerana keterbatasan dari sudut penyampaian disebabkan penggunaan bahasa klasik dan unsur metafora yang sulit untuk difahami orang masyarakat, terutamanya generasi muda. Selain itu, masyarakat kurang impak serta fungsi pantun dan haiku. Hal ini dikatakan demikian kerana, perubahan minat atau selera masyarakat kerana sastera berubah seiring dengan perubahan zaman sehingga tidak lagi relevan untuk digunakan pada masa kini. Oleh itu, kajian ini berfungsi untuk mengenal pasti perbezaan pantun dengan haiku melalui Teori Keindahan Braginsky serta meneliti identiti masyarakat Melayu dan Jepun melalui pantun dengan haiku kepada masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian dokumentasi. Hasil dapatan daripada kajian ini adalah kedua-dua bentuk puisi tradisional ini mempunyai perbezaan dan menonjolkan identiti mereka dengan cara yang sangat kreatif, di samping memperkukuh identiti dan hubungan dengan tradisi serta alam sekitar. Cadangan pengkaji terhadap kajian ini adalah untuk terus mengembangkan pemahaman mengenai peranan pantun dan haiku dalam menonjolkan identiti budaya masing-masing.
Kata Kunci: Pantun, Haiku, Teori Keindahan Braginsky

Download File / URL

[thumbnail of NUR AINA NATASHA BINTI RAZALI_C21A1927.pdf] Text
NUR AINA NATASHA BINTI RAZALI_C21A1927.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 158
Supervisor: DR. NORDIANA BINTI AB JABAR
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17361
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2