Digital Special Collection Portal

ASPEK KETOKOHAN DALAM CERITA RAKYAT KELANTAN MELALUI TEORI SPB4K


Citation

ZETI AMALIN AMRAN (2026) ASPEK KETOKOHAN DALAM CERITA RAKYAT KELANTAN MELALUI TEORI SPB4K. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis aspek ketokohan yang ditampilkan dalam cerita rakyat Kelantan dengan berpandukan kerangka Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang diasaskan oleh Mohd Yusof Hassan pada tahun 2007. Ketokohan merupakan elemen penting dalam cerita rakyat kerana ia mencerminkan nilai, budaya dan pandangan dunia masyarakat yang diwariskan secara lisan dari generasi ke generasi. Dalam kajian ini, empat prinsip utama teori SPB4K iaitu kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan diaplikasikan dalam menganalisis watak-watak utama daripada teks cerita rakyat terpilih yang berasal dari pelbagai jajahan di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif melalui kaedah analisis kandungan terhadap teks dan disokong dengan kajian kepustakaan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tokoh-tokoh dalam cerita rakyat Kelantan bukan sahaja menjadi pemangkin konflik dan penyelesaian dalam naratif, tetapi juga berperanan sebagai agen penyampai nilai keagamaan, kepimpinan, kebijaksanaan serta kreativiti dalam menyelesaikan cabaran hidup. Pemikiran yang tersirat dalam ketokohan ini membuktikan bahawa cerita rakyat bukan hanya berfungsi sebagai hiburan, tetapi juga sebagai cerminan sistem pemikiran dan falsafah hidup masyarakat Melayu Kelantan. Kajian ini menyarankan agar cerita rakyat terus dikaji dan dipelihara sebagai warisan budaya yang sarat dengan nilai dan pemikiran bangsa.
Kata kunci: Ketokohan, cerita rakyat Kelantan, SPB4K, pemikiran Melayu, tokoh wari

Download File / URL

[thumbnail of ZETI AMALIN BINTI AMRAN_C22A0276.pdf] Text
ZETI AMALIN BINTI AMRAN_C22A0276.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2026
Number of Pages: 136
Supervisor: DR. SITI NUR ANIS BINTI MUHAMMAD APANDI
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17360
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2