Digital Special Collection Portal

GASTRONOMI DALAM ANTOLOGI PUISI KEISTIMEWAAN DAN KEINDAHAN SETEMPAT KELANTAN SERAMBI BUDAYA BERKOLEK WARISAN MELALUI PENELITIAN TEORI PUITTIKA SASTERA MELAYU


Citation

WAN ABDUL RAHMAN WAN TAJUDIN (2025) GASTRONOMI DALAM ANTOLOGI PUISI KEISTIMEWAAN DAN KEINDAHAN SETEMPAT KELANTAN SERAMBI BUDAYA BERKOLEK WARISAN MELALUI PENELITIAN TEORI PUITTIKA SASTERA MELAYU. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Gastronomi merupakan kajian tentang hubungan antara budaya dan makanan yang merangkumi seni, sains, dan amalan memilih, menyediakan, serta menikmati makanan yang berkualiti tinggi. Dengan kata lain gastronomi ini melibatkan kajian tentang makanan. Gastronomi mengkaji berbagai komponen budaya dengan makanan sebagai pusatnya. Kajian ini bertujuan meneliti unsur gastronomi dalam Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat Kelantan Serambi Budaya Berkolek Warisan melalui penerapan Teori Puitika Sastera Melayu. Fokus kajian adalah pada tiga objektif kajian iaitu mengenal pasti jenis gastronomi yang terdapat dalam pantun dan puisi, menganalisis peranan gastronomi dalam menarik minat pelancong ke Kelantan serta menjelaskan kesan gastronomi terhadap masyarakat Kelantan. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif melalui analisis teks terhadap puisi-puisi terpilih dalam Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat Kelantan Serambi Budaya Berkolek Warisan. Pengkaji melalukan analisis deskriptif terhadap teks pantun yang dipilih. Data akan dihuraikan berdasar pilihan teks pantun dalam Antologi berdasarkan Teori Puitika Sastera Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gastronomi seperti Nasi Kerabu, Akok, Ayam Percik, Lompat Tikam dan Nasi Tumpang bukan sahaja berfungsi sebagai elemen estetika dalam karya sastera malah menjadi lambang identiti, adat resam dan kearifan tempatan masyarakat Kelantan. Selain itu, penggambaran gastronomi dalam puisi turut berperanan sebagai medium promosi budaya yang berkesan melalui pendokumentasian resipi dan teknik tradisional, penglibatan komuniti serta pelancongan gastronomi. Kajian ini juga mendapati bahawa gastronomi memberi kesan yang sangat besar terhadap masyarakat dari aspek budaya, adat, sosial, pelancongan dan ekonomi. Oleh hal yang demikian, kajian ini membuktikan bahawa gastronomi merupakan warisan budaya tidak ketara yang bernilai dan wajar dimartabatkan melalui karya sastera bagi memastikan kesinambungan identiti dan budaya masyarakat Kelantan.
Kata Kunci : Gastronomi, Puisi, Teori Puitika Sastera Melayu

Download File / URL

[thumbnail of WAN ABDUL RAHMAN BIN WAN TAJUDIN_C22A0311.pdf] Text
WAN ABDUL RAHMAN BIN WAN TAJUDIN_C22A0311.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 132
Supervisor: DR. NORDIANA BINTI AB JABAR
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17359
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2