Digital Special Collection Portal

PENGURUSAN TAPAK ARKEOLOGI: KAJIAN POTENSI PEMBANGUNAN ARKEOPELANCONGAN DI DAERAH DABONG, KELANTAN


Citation

SUFIA NUR AMIRAH SHAKIRIN (2025) PENGURUSAN TAPAK ARKEOLOGI: KAJIAN POTENSI PEMBANGUNAN ARKEOPELANCONGAN DI DAERAH DABONG, KELANTAN. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kajian ini meneliti pengurusan tapak arkeologi di Daerah Dabong, Kelantan serta menilai potensi pembangunan arkeopelancongan sebagai salah satu pemangkin pembangunan sosioekonomi setempat. Dabong merupakan kawasan yang kaya dengan tinggalan arkeologi, khususnya gua-gua bersejarah yang mengandungi data budaya material bernilai tinggi. Namun demikian, tahap pengurusan, dokumentasi dan penyampaian maklumat kepada masyarakat masih berada pada tahap yang rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah pemerhatian lapangan dan temu bual bersama pihak berkepentingan serta analisis dokumen untuk mendapatkan gambaran menyeluruh terhadap keadaan semasa tapak dan potensi pembangunan arkeopelancongan. Hasil kajian mendapati bahawa Dabong mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai destinasi arkeopelancongan berasaskan sumber warisan semula jadi dan budaya. Namun memerlukan penambahbaikan dari aspek pengurusan tapak, infrastruktur, keselamatan, promosi dan kesedaran. Kajian ini mencadangkan strategi pembangunan arkeopelancongan yang berteraskan pemuliharaan lestari dan penyertaan komuniti bagi memastikan tapak arkeologi di Dabong dapat diurus secara sistematik serta memberi manfaat jangka panjang kepada pelbagai pihak.
Kata kunci: pengurusan tapak arkeologi, arkeopelancongan, pemuliharaan warisan, Dabong, warisan budaya, pembangunan lestari, penglibatan komuniti, Kelantan.

Download File / URL

[thumbnail of SUFIA NUR AMIRAH BINTI SHAKIRIN_C22B0650.pdf] Text
SUFIA NUR AMIRAH BINTI SHAKIRIN_C22B0650.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 157
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17358
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2