Digital Special Collection Portal

CITRA WANITA MENERUSI HIKAYAT PEREMPUAN KARYA AMELIA HASHIM: ANALISIS MENGGUNAKAN TEORI FEMINISME


Citation

SITI NUR LIYANA MOHD SIDEK (2026) CITRA WANITA MENERUSI HIKAYAT PEREMPUAN KARYA AMELIA HASHIM: ANALISIS MENGGUNAKAN TEORI FEMINISME. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis citra wanita dalam pembangunan masyarakat seperti yang digambarkan dalam Hikayat Perempuan, karya Amelia Hashim (2021). Penyelidikan ini menggunakan metode kualitatif iaitu membuat kajian melalui pemerhatian dari sudut teks, karya, dan juga teori Feminisme. Penerapan Teori Feminisme merupakan teori sandaran bagi menganalisis isu utama kajian. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti watak-watak wanita dalam teks karya dan bagaimana peranan serta menganalisis sumbangan wanita terhadap pembangunan sosial dari masyarakat serta menilai sejauh mana karya ini memperjuangkan suara dan hak wanita berdasarkan Teori Feminisme. Hasil kajian mendapati bahawa Amelia Hashim, 2021 telah mengangkat watak wanita sebagai individu yang beperwatakan yang berdaya saing, berpengetahuan, dan mempunyai pengaruh dalam struktur masyarakat, sekali gus menonjolkan watak wanita yang berbeza daripada wanita pada zaman tradisional. Dapatan kajian ini penting untuk memperkukuhkan kesusasteraan Melayu dan memperluas pemahaman masyarakat terhadap peranan wanita melalui teks sastera.
Kata kunci: Feminisme, citra wanita, pembangunan sosial, kesusasteraan Melayu, Hikayat Perempuan

Download File / URL

[thumbnail of SITI NUR LIYANA BINTI MOHD SIDEK_C22A0530.pdf] Text
SITI NUR LIYANA BINTI MOHD SIDEK_C22A0530.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2026
Number of Pages: 139
Supervisor: DR. SITI NUR ANIS BINTI MUHAMMAD APANDI
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17356
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2