Digital Special Collection Portal

PENGARUH DIGITALISASI TERHADAP MUZIUM TERENGGANU


Citation

SITI FATEHA ABDUL HAMID (2025) PENGARUH DIGITALISASI TERHADAP MUZIUM TERENGGANU. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pelaksanaan digitalisasi koleksi di Muzium Negeri Terengganu serta mengkaji pengaruhnya terhadap aspek pengurusan koleksi. Objektif kajian merangkumi penilaian tahap pelaksanaan sistem digital, mengenal pasti cabaran utama dalam pelaksanaanya, dan menilai keberkesanan serta akses jangka panjang terhadap koleksi yang telah didigitalisasi. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan campuran (mixed method) yang melibatkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif secara serentak. Bagi kaedah kuantitatif, soal selidik diedarkan kepada kakitangan dan pengunjung muzium bagi mengumpul data berkaitan tahap pelaksanaan dan persepsi terhadap sistem digital. Manakala kaedah kualitatif pula melibatkan temu bual separa berstruktur bersama pegawai teknikal dan kurator muzium serta analisis dokumen berkaitan dasar dan sistem digitalisasi. Dapatan menunjukkan bahawa digitalisasi koleksi telah dilaksanakan secara berperingkat dengan tahap keberkesanan yang sederhana. Cabaran utama yang dikenal pasti termasuk kekangan bajet, keberkesanan dalam jangka masa panjang dan tahap pelaksanaanya. Kajian ini mencadangkan keperluan perancangan digital yang lebih strategik dan sistem pemantauan berkala untuk memastikan pengurusan koleksi yang mampan dan berkesan dalam jangka panjang.
Kata kunci: digitalisasi, pengurusan koleksi, kaedah campuran, akses jangka panjang, Muzium Negeri Terengganu

Download File / URL

[thumbnail of SITI FATEHA BINTI ABDUL HAMID_C22A0216.pdf] Text
SITI FATEHA BINTI ABDUL HAMID_C22A0216.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 83
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17355
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2