Digital Special Collection Portal

PENGGUNAAN UNSUR AIR SEBAGAI PERLAMBANGAN DALAM KUMPULAN PANTUN SAMA RIMA MELALUI TEORI EKOLOGI


Citation

NURUL ATHIRAH ILIYA HASHIM (2025) PENGGUNAAN UNSUR AIR SEBAGAI PERLAMBANGAN DALAM KUMPULAN PANTUN SAMA RIMA MELALUI TEORI EKOLOGI. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Pantun digunakan untuk menyampaikan mesej tertentu dan bertujuan menunjukkan keindahan bahasa yang berkait rapat dengan kewujudan masyarakat Melayu. Pantun sering digunapakai oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Penggunaan lambang atau simbol alam sebagai pembayang memperlihatkan keakraban orang-orang Melayu dengan alam unsur-unsur alam seperti laut, sungai dan gunung yang digunakan untuk membawa pengertian tertentu. Kajian ini dilakukan bagi meneliti unsur air yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia dan masyarakat Melayu melalui Kumpulan Pantun Sama Rima. Melalui pendekatan Teori Ekologi konteks pantun, teori ini digunakan untuk menganalisis bagaimana unsur air berperanan sebagai perlambangan yang menghubungkan manusia dengan alam secara harmoni dan seimbang. Objektif kajian bagi menjayakan penulisan makalah ini ialah mengenalpasti unsur air yang terdapat dalam Kumpulan Pantun Sama Rima, mengenalpasti fungsi penggunaan unsur air dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisi, menghubungkaitkan makna simbolik penggunaan unsur air sebagai perlambangan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Metodologi kajian yang digunakan ialah melalui kaedah kualitatif menerusi tinjauan secara literatur dalam proses pelaksanaan kajian. Pengkaji melalukan analisis deskriptif terhadap teks pantun yang dipilih. Data akan dihuraikan berdasar pilihan teks Kumpulan Pantun Sama Rima berdasarkan Teori Ekologi. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan unsur air sebagai perlambangan dalam pantun bukan sekadar mebawa nilai estetika dan menccantikkan pantun, tetapi juga sebagai medium pendidikan moral dan sosial yang dapat memperkukuh penghargaan dan pemahaman terhadap kreativiti dan kehalusan pemikiran masyarakat Melayu melalui perlambangan atau simbolisme unsur alam. Impak daripada kajian ini akan meningkatkan apresiasi budaya dan relevansi pantun sebagai alat penyampaian nilai etika, norma sosial dan falsafah hidup dalam konteks kontemporari, di mana warisan budaya dapat diterapkan dalam pendidikan nilai dan pembelajaran berasaskan ekokritik.
Kata kunci: Pantun, unsur air, perlambagan, masyarakat Melayu, Teori Ekologi,

Download File / URL

[thumbnail of NURUL ATHIRAH ILIYA BINTI HASHIM_C22A0282.pdf] Text
NURUL ATHIRAH ILIYA BINTI HASHIM_C22A0282.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 228
Supervisor: DR. NORDIANA BINTI AB JABAR
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17346
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2