Digital Special Collection Portal

PERUBATAN TRADISIONAL MAIN TERI DARIPADA PERSPEKTIF PESAKIT TEMPATAN DI GUNONG BACHOK, KELANTAN


Citation

NURHAYATI ZAINAL (2026) PERUBATAN TRADISIONAL MAIN TERI DARIPADA PERSPEKTIF PESAKIT TEMPATAN DI GUNONG BACHOK, KELANTAN. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Main Teri atau Main Peteri merupakan salah satu bentuk seni persembahan dan perubatan tradisional masyarakat Melayu di Kelantan yang menggabungkan elemen muzik, ritual dan terapi. Namun demikian, amalan ini sering menjadi subjek perbahasan dalam konteks agama dan pemodenan, sekali gus menimbulkan cabaran terhadap kelangsungannya sebagai warisan budaya tidak ketara. Walaupun terdapat kajian terdahulu yang membincangkan Main Teri dari sudut ritual dan peranan pengamal, kajian yang meneliti pengalaman pesakit serta keberkesanan rawatan dari perspektif penerima rawatan masih terhad. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti simptom penyakit yang dialami oleh pesakit dalam rawatan Main Teri, mengkaji persepsi terhadap keberkesanan rawatan, serta menganalisis langkah-langkah pelestarian amalan Main Teri dalam kalangan komuniti setempat di Gunong, Bachok, Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan metodologi campuran yang melibatkan temu bual bersama sembilan orang informan, edaran borang soal selidik kepada 330 orang responden, serta analisis video. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik manakala data kuantitatif dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mengenal pasti lapan tema utama, iaitu asal-usul sejarah dan identiti Main Teri, peranan dan fungsinya dalam masyarakat, konsep penyakit dan simptom, unsur terapi dan kesan rawatan, muzik dan gerak dalam ritual Main Teri, peranan tokoh pengamal dan proses berguru, hubungan antara pemeliharaan amalan dengan syariat serta undang-undang, dan usaha pelestarian Main Teri dalam kalangan komuniti setempat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Main Teri bukan sahaja berfungsi sebagai persembahan budaya, malah turut difahami sebagai satu bentuk terapi tradisional yang mempunyai makna sosial dan simbolik kepada pesakit dan masyarakat.
Kata Kunci : Main Teri, Seni Persembahan, Perspektif pesakit, Palestarian

Download File / URL

[thumbnail of NURHAYATI BINTI ZAINAL_C22A0423.pdf] Text
NURHAYATI BINTI ZAINAL_C22A0423.pdf

Download (19MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2026
Number of Pages: 109
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17340
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2