Digital Special Collection Portal

KEARIFAN TEMPATAN DALAM PENGHASILAN MANIK OLEH SUKU KAUM LUN BAWANG : KAJIAN KES DI LIMBANG, SARAWAK.


Citation

NUR SUFARINI SUFARI (2025) KEARIFAN TEMPATAN DALAM PENGHASILAN MANIK OLEH SUKU KAUM LUN BAWANG : KAJIAN KES DI LIMBANG, SARAWAK. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Laporan projek tahun akhir ini bertujuan untuk mengkaji kearifan tempatan dalam penghasilan seni manik oleh suku kaum Lun Bawang di Limbang, Sarawak. Kajian ini menumpukan perhatian terhadap jenis-jenis perhiasan manik, teknik penghasilan, motif dan warna, serta nilai simbolik yang terkandung dalam setiap rekaan seni manik tradisional. Pendekatan kajian yang digunakan melibatkan kaedah kualitatif dan kuantitatif, antaranya temu bual dengan informan terpilih, pemerhatian lapangan, serta analisis dokumentasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seni manik masyarakat Lun Bawang bukan sekadar berfungsi sebagai perhiasan estetik, malah berperanan penting dalam mencerminkan identiti budaya, status sosial, dan kepercayaan tradisional masyarakat tersebut. Walaupun terdapat perubahan dari segi motif dan reka bentuk selaras dengan perkembangan semasa, nilai simbolik dan teknik tradisional penghasilan manik masih dikekalkan. Laporan projek tahun akhir ini diharapkan dapat menyumbang kepada usaha pendokumentasian dan pelestarian warisan budaya tak ketara, khususnya seni manik masyarakat Lun Bawang, serta menjadi rujukan kepada pengkaji, pelajar, dan pihak berkepentingan dalam bidang warisan budaya dan seni kraf tradisional di Sarawak.
Kata kunci: seni manik, Lun Bawang, kearifan tempatan, Limbang, warisan budaya.

Download File / URL

[thumbnail of NUR SUFARINI BINTI SUFARI_C22A0333.pdf] Text
NUR SUFARINI BINTI SUFARI_C22A0333.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 100
Supervisor: DR. NORAZLINDA BINTI MOHAMED ROSDI
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17335
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2