Digital Special Collection Portal

EKSPERIMEN ALAT REPEH DI TAPAK GUA KAPIT, KEMUBU, KELANTAN: TEKNIK PEMBUATAN DAN FUNGSI ALAT


Citation

NUR KAMALIAH ABDUL HALIM (2026) EKSPERIMEN ALAT REPEH DI TAPAK GUA KAPIT, KEMUBU, KELANTAN: TEKNIK PEMBUATAN DAN FUNGSI ALAT. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kajian ini membincangkan hasil eksperimen terhadap alat repeh yang ditemui di tapak arkeologi Gua Kapit, Kemubu, Kelantan, dengan fokus utama kepada teknik pembuatan dan fungsi kegunaannya. Melalui pendekatan arkeologi eksperimental, replika alat repeh dihasilkan menggunakan bahan mentah tempatan yang sama dengan artifak asal bagi mengenal pasti fngsi dan penggunaannya dan kemahiran teknologi masyarakat prasejarah di tapak tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik penghasilan yang digunakan untuk menghasilkan tepian tajam yang efektif bagi aktiviti harian. Analisis kesan guna ke atas replika mendedahkan bahawa alat repeh ini digunakan secara meluas dalam aktiviti seperti memotong, memburu, mengikis, dan memproses bahan organik. Kajian ini bukan sahaja mendedahkan kemahiran teknikal masyarakat prsejarah tetapi juga memberikan pandangan mendalam tentang adaptasi budaya mereka terhadap persekitaran. Dapatan ini bukan sahaja memperincikan tipologi alat batu di Gua Kapit, malah memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai adaptasi budaya material dan strategi kelangsungan hidup komuniti manusia di lembangan Sungai Kelantan pada masa lampau.
Kata kunci: Arkeologi Eksperimental, Alat Repeh, Gua Kapit, Teknik Pembuatan, teknologi prasejarah, adaptasi budaya

Download File / URL

[thumbnail of NUR KAMALIAH BINTI ABDUL HALIM_C22A0402.pdf] Text
NUR KAMALIAH BINTI ABDUL HALIM_C22A0402.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2026
Number of Pages: 78
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17332
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2