Digital Special Collection Portal

PENGURUSAN KOLEKSI MANUSKRIP DI MALAYSIA: PERBANDINGAN STRATEGI PENGURUSAN KOLEKSI MANUSKRIP DI PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN DAN PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG.


Citation

NUR AMALIN ELISYA ABDULLAH SANI (2025) PENGURUSAN KOLEKSI MANUSKRIP DI MALAYSIA: PERBANDINGAN STRATEGI PENGURUSAN KOLEKSI MANUSKRIP DI PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN DAN PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kajian ini meneliti strategi pengurusan koleksi manuskrip di Malaysia melalui perbandingan antara Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan Perbadanan Muzium Negeri Pahang. Manuskrip merupakan artifak warisan yang bernilai kerana mencerminkan sejarah, budaya dan sistem pentadbiran Melayu-Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur dan pemerhatian bagi memperoleh data berkaitan amalan pengurusan manuskrip di kedua-dua institusi. Fokus kajian meliputi aspek perolehan, pemeliharaan, dokumentasi, penyimpanan dan pameran manuskrip. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Perbadanan Muzium Negeri Kelantan lebih menekankan pemeliharaan fizikal dan kawalan persekitaran manuskrip warisan Melayu dan Islam, manakala Perbadanan Muzium Negeri Pahang memberi tumpuan kepada pendokumentasian sejarah dan penyampaian pendidikan. Perbezaan ini dipengaruhi oleh keutamaan institusi dan objektif konservasi. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam terhadap pengurusan manuskrip di institusi permuziuman negeri.
Kata kunci: pengurusan koleksi, strategi pengurusan koleksi, koleksi pengurusan manuskrip di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, koleksi pengurusan manuskrip di Perbadanan Muzium Negeri Pahang.

Download File / URL

[thumbnail of NUR AMALIN ELISYA BINTI ABDULLAH SANI_C22A0466.pdf] Text
NUR AMALIN ELISYA BINTI ABDULLAH SANI_C22A0466.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 180
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17324
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2