Digital Special Collection Portal

PERSEPSI DAN EMOSI PENGUNJUNG TERHADAP NARATIF KEMERDEKAAN DI MUZIUM MEMORIAL PENGISYTIHARAAN KEMERDEKAAN, BANDAR HILIR, MELAKA


Citation

MUHAMMAD ZULFAMY OSMAN (2026) PERSEPSI DAN EMOSI PENGUNJUNG TERHADAP NARATIF KEMERDEKAAN DI MUZIUM MEMORIAL PENGISYTIHARAAN KEMERDEKAAN, BANDAR HILIR, MELAKA. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Muzium Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka merupakan sebuah institusi warisan yang berperanan penting dalam menyampaikan naratif sejarah perjuangan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu serta membentuk kesedaran terhadap identiti kebangsaan. Namun, sebagai sebuah muzium memorial yang sarat dengan pameran berunsur simbolik dan emosi, penyampaian naratif sejarah berpotensi menimbulkan pelbagai reaksi perasaan dan emosi dalam kalangan pengunjung, yang masih kurang diteliti secara sistematik. Kekurangan pemahaman terhadap aspek emosi dan persepsi pengunjung ini boleh menjejaskan keberkesanan pengalaman pembelajaran dan penghayatan terhadap makna kemerdekaan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pengunjung terhadap pameran artifak di Muzium Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, serta menganalisis perasaan dan emosi yang dialami pengunjung selepas lawatan ke muzium tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran melalui reka bentuk kajian kes. Data kualitatif dikumpul melalui temu bual dan pemerhatian terhadap enam orang informan, manakala data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik yang melibatkan 356 orang pengunjung. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif, manakala data kualitatif dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian mengenal pasti beberapa tema utama, dapatan kajian menunjukkan bahawa pameran artifak dan penyampaian naratif kemerdekaan membangkitkan emosi seperti rasa bangga, sedih, insaf dan penghargaan terhadap perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan. Persepsi dan emosi ini didapati mempengaruhi tahap penghayatan pengunjung terhadap sejarah kemerdekaan dan nilai identiti kebangsaan. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada pemahaman tentang peranan emosi dan persepsi dalam pengalaman pengunjung di muzium memorial. Dapatan kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh pihak pengurusan muzium dalam menambah baik penyampaian naratif pameran serta merancang pengalaman lawatan yang lebih bermakna, berkesan dan berimpak kepada generasi masa hadapan.
Kata kunci: Muzium memorial, naratif kemerdekaan, pengalaman pengunjung, emosi,
persepsi

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD ZULFAMY BIN OSMAN_C22A0126.pdf] Text
MUHAMMAD ZULFAMY BIN OSMAN_C22A0126.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2026
Number of Pages: 156
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17322
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2