Digital Special Collection Portal

PELESTARIAN MAKANAN PEMANIS MULUT NEGERI SEMBILAN: DODOL, WAJIK DAN KUIH SIRAT DALAM MASYARAKAT ADAT PEPATIH


Citation

MUHAMMAD HAIKAL NAJMI ZAWAWI (2026) PELESTARIAN MAKANAN PEMANIS MULUT NEGERI SEMBILAN: DODOL, WAJIK DAN KUIH SIRAT DALAM MASYARAKAT ADAT PEPATIH. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kajian ini memfokuskan mengenai peranan dan pelestarian makanan pemanis mulut tradisional Negeri Sembilan, khususnya dodol, wajik dan kuih sirat, dalam konteks masyarakat Adat Perpatih. Dalam arus pemodenan, makanan tradisional semakin kurang diberi perhatian, sekali gus menyebabkan nilai budaya yang terkandung dalam pemanis mulut tradisional semakin terpinggir. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti fungsi pemanis mulut dalam adat dan kehidupan sosial masyarakat, meneliti proses pembuatan pemanis mulut secara tradisional, serta menganalisis langkah-langkah pelestarian warisan kulinari ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk etnografi melalui kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian lapangan di Kampung Felda Pasir Besar dan Kampung Juasseh, Negeri Sembilan, melibatkan enam orang informan yang berpengalaman dalam amalan adat dan pembuatan pemanis mulut tradisional. Data dianalisis menggunakan analisis tematik yang menghasilkan lapan tema utama, iaitu konsep dan fungsi pemanis mulut, jenis-jenis pemanis mulut, proses pembuatan, waktu pengambilan, peranan wanita, cabaran, dan langkah pelestarian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemanis mulut bukan sekadar makanan penutup, malah berfungsi sebagai elemen budaya yang sarat dengan makna sosial, simbolik dan adat serta berperanan mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan pemindahan nilai budaya antara generasi. Walaupun berhadapan cabaran pemodenan dan perubahan gaya hidup, kajian ini mendapati bahawa kesinambungan pemanis mulut tradisional masih dapat dikekalkan melalui peranan keluarga, komuniti dan institusi budaya. Kajian ini menegaskan kepentingan dokumentasi, pendidikan budaya dan penglibatan komuniti dalam memastikan pelestarian makanan warisan ini.
Kata kunci: Adat Perpatih, Warisan budaya tidak ketara, Pelestarian budaya, Gastronomi tradisional, Masyarakat Negeri Sembilan, Etnografi budaya

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD HAIKAL NAJMI BIN ZAWAWI_C22A0215.pdf] Text
MUHAMMAD HAIKAL NAJMI BIN ZAWAWI_C22A0215.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2026
Number of Pages: 119
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17313
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2