Kajian ini meneliti pelaksanaan teknik konservasi preventif dalam pemeliharaan koleksi tekstil di dua buah muzium negeri di Malaysia, iaitu Muzium Negeri Kedah dan Muzium Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif melalui temu bual berstruktur dan pemerhatian lapangan, Konservasi preventif merupakan konsep yang didaasrkan dengan pengurusan risiko justru, kaedah yang betul akan memberikan pelbagai impak yang positif terutamanya dalam aspek kewangan. Kajian ini menekankan keperluan mendesak kepada pembangunan dasar konservasi yang lebih tersusun, latihan berterusan kepada kakitangan, serta penyelarasan sistem dokumentasi koleksi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan konservasi preventif. Implikasi kajian ini penting untuk memastikan kelestarian koleksi tekstil warisan budaya negara dalam jangka masa panjang serta memperkukuh fungsi muzium sebagai penjaga warisan bangsa.
Kata kunci: konservasi preventif, tekstil warisan, muzium, pemeliharaan, pengurusan koleksi, kajian kes perbandingan