Cerpen merupakan sebuah cerita pendek yang akan memberikan kesan dominan kepada pembaca. Tema bagi cerpen adalah realiti yang terkandung berdasarkan fakta yang wujud. Cerpen dapat dihasilkan berdasarkan fakta. Menurut Nuryatin (2010), penghasilan cerpen juga boleh berdasarkan kisah pengarang itu sendiri. Menurut Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin (2018), cerpen merupakan akronim daripada dua perkataan iaitu pendek dan perkataan cerita. Lazimnya cerpen akan diterbitkan di majalah dan akhbar. Laporan ini akan membincangkan penelitian latar tempat sebagai medium promosi pelancongan melalui kumpulan cerpen Cerita Kota Kami karya Jasni Matlani. Kajian ini akan menggunakan teori sastera budaya dalam melaksanakan kajian ini. Meneliti tajuk kajian, pengkaji akan mengkaji beberapa latar tempat yang menjadi medium utama dalam perkembangan sektor pelancongan yang akan memberi kemajuan khususnya di daerah Beaufort Sabah. Kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu menganalisis latar tempat yang menjadi aspek penting dalam sektor pelancongan menerusi kajian ini. Selain itu, menghuraikan keunikan dan keindahan daerah Beaufort kepada khalayak umum. Akhir sekali, mengkaji budaya masyarakat di daerah Beaufort. Kajian ini telah menggunakan metodologi dari aspek kepustakaan, kaedah analisis tekstual, analisis tematik dan analisis artikel jurnal.
Kata Kunci : Cerpen, latar tempat, pelancongan, masyarakat daerah Beaufort, Teori Sastera Budaya.