Digital Special Collection Portal

PANTUN DIGITAL SEBAGAI SATU TERAPI: SATU KAJIAN KES DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN MENGGUNAKAN TEORI RESEPSI


Citation

MUHAMAD EMY AIMERUL AKHMAL SAFRI (2025) PANTUN DIGITAL SEBAGAI SATU TERAPI: SATU KAJIAN KES DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN MENGGUNAKAN TEORI RESEPSI. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Tujuan utama penulisan kajian ini adalah untuk meneliti pantun digital sebagai satu terapi kajian kes di Universiti Malaysia Kelantan menggunakan Teori Resepsi yang dikembangkan oleh Jauss dan Iser (1778). Seiring dengan peredaran zaman, cara penyampaian karya-karya sastera juga turut berubah sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat. Salah satu karya sastera yang berkembang mengikut peredaran zaman adalah pantun. Jika kita lihat dalam konteks yang lebih luas, cara penyampaian pantun pada masa kini tidak lagi hanya tertumpu kepada pengucapan zahir semata-mata. Malah, ia juga turut di zahirkan dalam bentuk digital. Seperti, Youtube, Tiktok dan lain-lain yang mudah untuk diakses dan juga lebih menarik dengan adanya pergerakan, audio dan lain-lain untuk menarik minat generasi muda supaya tertarik dengan karya sastera. Khususnya pantun. Kajian ini menggunakan kaedah adalah gabungan kaedah kualitatif dan juga kuantitatif ataupun lebih dikenali sebagai pendekatan campuran (mixed methods). Pendekatan ini dipilih kerana ia mampu memberikan gambaran yang lebih luas dan menyeluruh tentang peranan pantun digital sebagai alat terapi. Oleh itu, besar harapan agar penyelidikan ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak kajian yang menggabungkan teknologi moden dengan warisan sastera. Ia juga bertujuan menjadikan kesusasteraan, khususnya pantun, sebagai wahana terapi yang inklusif, berkesan dan relevan dalam menghadapi cabaran semasa. Kajian ini menekankan bahawa pantun bukan sekadar indah, tetapi memiliki kekuatan dalam menyentuh hati dan membina jiwa insan.
Kata Kunci: Pantun digital, Terapi, Teori Resepsi.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMAD EMY AIMERUL AKHMAL BIN SAFRI_C22A0391.pdf] Text
MUHAMAD EMY AIMERUL AKHMAL BIN SAFRI_C22A0391.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 341
Supervisor: DR. NORDIANA BINTI AB JABAR
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17208
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2