Digital Special Collection Portal

PERSEPSI MASYARAKAT INDIA TERHADAP AMALAN PERAYAAN “CHITHIRAI PUTHANDU” DI NILAI, NEGERI SEMBILAN


Citation

JEKATHISWARY A/P SANASY NAIDO (2025) PERSEPSI MASYARAKAT INDIA TERHADAP AMALAN PERAYAAN “CHITHIRAI PUTHANDU” DI NILAI, NEGERI SEMBILAN. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Perayaan tradisional merupakan salah satu bentuk warisan budaya tidak ketara yang berperanan penting dalam mengekalkan identiti dan ingatan kolektif sesuatu komuniti. Chithirai Puthandu, atau Tahun Baharu Tamil, ialah perayaan keagamaan dan kebudayaan yang signifikan dalam kehidupan masyarakat India di Malaysia. Namun, perubahan gaya hidup moden dan tahap penglibatan generasi muda yang semakin berkurangan menimbulkan cabaran terhadap kelestarian amalan perayaan ini. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk (i) mengenal pasti amalan Chithirai Puthandu dalam kalangan masyarakat India di Nilai, Negeri Sembilan, (ii) menganalisis persepsi generasi muda terhadap perayaan ini, dan (iii) menilai langkah-langkah yang relevan dalam melestarikan Chithirai Puthandu sebagai warisan budaya tidak ketara. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran melalui reka bentuk etnografi dan survei. Data kualitatif dikumpulkan melalui temu bual tidak berstruktur dan pemerhatian tanpa penglibatan, manakala data kuantitatif diperoleh melalui edaran borang soal selidik melibatkan 300 orang responden. Teknik pensampelan bebola salji digunakan bagi pemilihan informan, sementara pensampelan rawak digunakan untuk responden survei. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif, manakala data kualitatif dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti masyarakat India di Nilai masih menyambut Chithirai Puthandu melalui pelaksanaan ritual keagamaan, pemakaian pakaian tradisional, penyediaan makanan tradisional, dan aktiviti kekeluargaan. Analisis tematik mengenal pasti beberapa tema utama, iaitu kefahaman terhadap makna dan tarikh sambutan, amalan ritual dan keagamaan, kepentingan budaya dan kekeluargaan, usaha pemeliharaan warisan, serta cabaran sambutan yang merangkumi faktor ekonomi, sosial, teknologi dan pemodenan. Walaupun tahap penglibatan generasi muda didapati sederhana, mereka masih mengiktiraf kepentingan Chithirai Puthandu sebagai lambang identiti dan warisan budaya masyarakat India. Kajian ini menegaskan kepentingan kesinambungan Chithirai Puthandu dan diharap dapat menjadi rujukan kepada pihak berkepentingan dalam usaha pemeliharaan, dokumentasi budaya dan pengukuhan penglibatan generasi muda.
Kata Kunci: Chithirai Puthandu, Warisan Tidak Ketara, Masyarakat India, Generasi Muda, Kelestarian Budaya

Download File / URL

[thumbnail of JEKATHISWARY A_P SANASY NAIDO_C22A0032.pdf] Text
JEKATHISWARY A_P SANASY NAIDO_C22A0032.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 112
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17203
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2