Digital Special Collection Portal

KELESTARIAN TRADISI SOGIT DALAM KOMUNITI RUNGUS DI KUDAT


Citation

GLORIA ABIGAIL INSUS (2026) KELESTARIAN TRADISI SOGIT DALAM KOMUNITI RUNGUS DI KUDAT. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Tradisi sogit merupakan salah satu bentuk perundangan adat yang penting dalam kehidupan sosial masyarakat Rungus di Kudat, Sabah, khususnya sebagai mekanisme kawalan sosial, penyelesaian konflik dan pemeliharaan keharmonian komuniti. Namun, arus pemodenan dan perubahan sosial telah menimbulkan cabaran terhadap kelestarian tradisi sogit, terutamanya dari segi perubahan amalan dan pengaruh sistem perundangan moden. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan sogit yang masih diamalkan dalam komuniti Rungus di Kudat, meneliti kepentingan sogit terhadap masyarakat, serta menganalisis mekanisme yang menyokong pengekalan tradisi sogit. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes. Data dikumpulkan melalui temu bual melibatkan lapan orang informan yang dipilih secara bertujuan, dan dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian mengenal pasti beberapa tema utama yang merangkumi pelaksanaan dan perubahan dalam amalan sogit, perbezaan bentuk sogit, hubungannya dengan sistem perundangan moden, keperluan dan tujuan pelaksanaan sogit, kepentingan dan nilai pengajaran sogit, serta cabaran dan usaha pemeliharaan tradisi ini. Kajian mendapati bahawa walaupun tradisi sogit masih diamalkan dan diiktiraf sebagai mekanisme adat yang penting, pelaksanaannya telah mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan semasa. Kelestarian tradisi sogit didapati bergantung kepada usaha pemeliharaan berterusan, penglibatan komuniti serta penyesuaian amalan adat dalam konteks masyarakat moden. Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan bahawa tradisi sogit masih relevan dalam komuniti Rungus di Kudat dan perlu diperkukuh bagi memastikan kelangsungannya sebagai warisan budaya masyarakat setempat.
Kata kunci: Tradisi Sogit, Perundangan Adat, Kelestarian Budaya, Komuniti Rungus, Warisan Budaya Tidak Ketara

Download File / URL

[thumbnail of GLORIA ABIGAIL INSUS (C22A0199).pdf] Text
GLORIA ABIGAIL INSUS (C22A0199).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2026
Number of Pages: 87
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17200
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2