Digital Special Collection Portal

ANALISIS KESAN RAWATAN KONSERVASI TERHADAP BAHAN BERASASKAN KERTAS : KAJIAN KES MANUSKRIP BERSEJARAH DI MUZIUM KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.


Citation

EZZATUL FAQIHAH ZAKARIA (2025) ANALISIS KESAN RAWATAN KONSERVASI TERHADAP BAHAN BERASASKAN KERTAS : KAJIAN KES MANUSKRIP BERSEJARAH DI MUZIUM KUALA TERENGGANU, TERENGGANU. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kajian ini meneliti kesan rawatan konservasi terhadap manuskrip bersejarah berasaskan kertas di Muzium Negeri Terengganu. Manuskrip kertas merupakan bahan yang rapuh dan mudah rosak disebabkan kelembapan tinggi, suhu tropika, pencahayaan melampau, serta serangan mikroorganisma dan serangga. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis kerosakan utama, menilai keberkesanan teknik rawatan konservasi, serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik dan pemerhatian berstruktur terhadap responden yang terlibat secara langsung dalam konservasi manuskrip. Antara teknik yang dikaji termasuk pembersihan kering dan basah, pengukuhan struktur menggunakan metilselulosa, serta kawalan suhu dan kelembapan persekitaran. Hasil dapatan menunjukkan rawatan konservasi memberi kesan positif terhadap pemulihan fizikal dan estetika manuskrip, namun keberkesanan jangka panjang memerlukan pemantauan berterusan dan tenaga mahir yang mencukupi. Kajian ini mencadangkan peningkatan latihan profesional, penyediaan dasar pemuliharaan khusus, dan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya memelihara warisan dokumentasi negara agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Kata Kunci: konservasi, manuskrip kertas, rawatan, kerosakan, warisan budaya

Download File / URL

[thumbnail of EZZATUL FAQIHAH BINTI ZAKARIA_C22A0459.pdf] Text
EZZATUL FAQIHAH BINTI ZAKARIA_C22A0459.pdf

Download (27MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 138
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17197
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2