Digital Special Collection Portal

KESAN BENTUK PAMERAN TERHADAP PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ( UPSI )


Citation

AIN NAJIHAN AZMI (2025) KESAN BENTUK PAMERAN TERHADAP PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ( UPSI ). Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan bentuk pameran terhadap pengalaman pembelajaran pengunjung di Muzium Pendidikan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berperanan sebagai institusi pendidikan tidak formal melalui penyampaian ilmu berasaskan pameran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk pameran yang terdapat di muzium, menganalisis kesannya terhadap pengalaman pembelajaran pengunjung serta mencadangkan penambahbaikan berdasarkan dapatan kajian. Kajian menggunakan pendekatan kaedah campuran melibatkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian; seramai 383 responden terlibat dalam soal selidik menggunakan skala likert lima mata, manakala temu bual separa berstruktur dilaksanakan bagi mendapatkan data kualitatif yang lebih mendalam. Dapatan kajian menunjukkan muzium mengaplikasikan reka bentuk pameran berbentuk fizikal seperti model dan diorama, susun atur koleksi pameran serta pencahayaan yang membantu tumpuan dan pemahaman pengunjung, selain elemen interaktif dan multimedia seperti teknologi skrin sentuh, paparan digital 3D serta video penjelasan dan penayangan yang meningkatkan keterlibatan pengunjung. Analisis kuantitatif mendapati tahap persetujuan responden adalah tinggi bahawa reka bentuk ruang, susun atur, pencahayaan dan label penerangan yang jelas membantu pembelajaran dan menjadikan pengalaman lawatan lebih menyeronokkan, manakala analisis cadangan terbuka menunjukkan keutamaan responden adalah peningkatan penggunaan teknologi interaktif dan multimedia (26.33%), diikuti penambahbaikan penyampaian maklumat (7.21%), aktiviti interaktif (5.96%) serta penglibatan staf muzium (1.88%). Kesimpulannya, bentuk pameran yang terancang dan interaktif memberi impak positif terhadap pembelajaran pengunjung dari aspek kefahaman, minat dan keterlibatan, justeru penambahbaikan menyeluruh disarankan bagi memperkukuh peranan Muzium Pendidikan Nasional UPSI sebagai ruang pembelajaran abad ke-21.
Kata kunci: Bentuk pameran, pengalaman pembelajaran pengunjung, Muzium Pendidikan Nasional UPSI, reka bentuk pameran (model dan diorama), susun atur koleksi pameran dan pencahayaan, teknologi interaktif dan multimedia (skrin sentuh, digital 3D, video).

Download File / URL

[thumbnail of AIN NAJIHAN BINTI AZMI_C22A0158.pdf] Text
AIN NAJIHAN BINTI AZMI_C22A0158.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 162
Supervisor: DR. SURAYA BINTI SUKRI
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17193
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2