Digital Special Collection Portal

PELESTARIAN KUIH TAKIR SEBAGAI MAKANAN WARISAN DI DAERAH KABONG, SARAWAK


Citation

AMIR ZULFADZLI ABDULLAH SELEMAN (2026) PELESTARIAN KUIH TAKIR SEBAGAI MAKANAN WARISAN DI DAERAH KABONG, SARAWAK. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kuih takir merupakan salah satu makanan warisan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat di daerah Kabong, Sarawak. Kuih ini dihasilkan menggunakan bahan semula jadi daripada persekitaran setempat seperti daun apong, gula apong, tepung gandum, tepung beras dan santan, sekali gus mencerminkan hubungan erat antara amalan pemakanan, budaya dan alam sekitar. Walau bagaimanapun, amalan penyediaan kuih takir semakin berkurangan dalam kalangan generasi masa kini akibat kesukaran proses pembuatannya, cabaran mendapatkan bahan mentah semula jadi, serta perubahan gaya hidup dan corak pemakanan masyarakat moden. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepentingan kuih takir dalam kehidupan masyarakat Kabong, meneliti proses pembuatannya secara tradisional, serta menganalisis langkah-langkah pelestarian bagi memastikan kesinambungan warisan makanan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes dengan melibatkan tujuh orang informan yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Data kajian dianalisis menggunakan analisis tematik bagi memperoleh pemahaman mendalam terhadap kedudukan kuih takir dalam konteks sosial dan budaya masyarakat setempat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kuih takir memainkan peranan penting dalam majlis tradisi dan amalan bermusim, berfungsi sebagai medium interaksi sosial, serta menjadi simbol budaya dan identiti komuniti Kabong. Pengamal pembuatan kuih takir dikenal pasti sebagai penjaga warisan yang berperanan penting dalam proses pemindahan pengetahuan antara generasi. Selain itu, kuih takir turut mempunyai nilai ekonomi apabila dijadikan sumber pendapatan komuniti. Aspek emosi seperti nostalgia dan kebersamaan komuniti juga dikenal pasti sebagai faktor yang mengukuhkan usaha pelestarian. Kesimpulannya, kajian ini menegaskan bahawa pelestarian kuih takir bukan sahaja penting dalam konteks pemeliharaan warisan budaya tidak ketara, malah turut menyumbang kepada pembentukan identiti masyarakat dan pembangunan sosioekonomi komuniti setempat. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan awal bagi usaha pelestarian makanan tradisional lain di Malaysia.
Kata Kunci: makanan warisan; pelestarian warisan; warisan budaya tidak ketara; kuih takir; komuniti Kabong.

Download File / URL

[thumbnail of AMIR ZULFADZLI BIN ABDULLAH SELEMAN_C22A0245.pdf] Text
AMIR ZULFADZLI BIN ABDULLAH SELEMAN_C22A0245.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2026
Number of Pages: 89
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17170
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2