Digital Special Collection Portal

PERSEPSI PENGUNJUNG TERHADAP KOLEKSI PAMERAN DI GALERI PUSAT WARISAN KAJANG, SELANGOR


Citation

NUR FATNI ADLINA MOHD FAZULI (2025) PERSEPSI PENGUNJUNG TERHADAP KOLEKSI PAMERAN DI GALERI PUSAT WARISAN KAJANG, SELANGOR. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Galeri Pusat Warisan Kajang merupakan sebuah galeri persendirian yang mempamerkan koleksi-koleksi berkaitan sejarah dan warisan masyarakat tempatan di Kajang dan Hulu Langat. Pemeliharaan koleksi adalah penting bagi memastikan generasi akan datang dapat mengenali sejarah setempat dengan lebih mendalam. Walau bagaimanapun, koleksi pameran dan ruang pameran di galeri ini masih terhad dan kurangnya aktiviti interaktif boleh menjejaskan pengalaman pengunjung. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi memahami persepsi pengunjung terhadap koleksi pameran di Galeri Pusat Warisan Kajang dan mengenal pasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama, iaitu mengenal pasti koleksi pameran yang terdapat di galeri Pusat Warisan Kajang, Selangor, mengkaji persepsi pengunjung terhadap ruang pameran dan menganalisis langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dijalankan terhadap koleksi pameran di galeri Pusat Warisan Kajang, Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran melalui soal selidik, temu bual, dan pemerhatian. Teknik pensampelan bertujuan digunakan bagi menemu bual dua orang informan dan teknik pensampelan rawak mudah digunakan untuk mendapatkan 110 orang responden. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan frekuensi, skor purata, dan sisihan piawai, manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengunjung mempunyai persepsi yang positif terhadap koleksi yang dipamerkan, tetapi terdapat keperluan untuk menambah baik aspek penyampaian maklumat dan pengalaman interaktif di galeri. Beberapa tema utama telah dikenal pasti, iaitu jenis-jenis koleksi yang dipamerkan, persepsi terhadap koleksi pameran, promosi dan kerjasama sosial yang dilakukan oleh galeri, harapan dan cabaran yang dihadapi oleh galeri, serta cadangan penambahbaikan. Kajian ini mencadangkan supaya teknologi digital seperti realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) digunakan dalam pameran, selain memperluaskan ruang pameran dan memperkenalkan aktiviti kebudayaan interaktif. Oleh itu, dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak pengurusan galeri dalam mempertingkatkan daya tarikan serta fungsi Galeri Pusat Warisan Kajang sebagai pusat pemeliharaan warisan yang lebih berkesan.
Kata kunci: Galeri Pusat Warisan Kajang, galeri persendirian, koleksi pameran, pemeliharaan warisan, persepsi pengunjung.

Download File / URL

[thumbnail of NUR FATNI ADLINA BINTI MOHD FAZULI_C21A1970.pdf] Text
NUR FATNI ADLINA BINTI MOHD FAZULI_C21A1970.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 105
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17128
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2