Digital Special Collection Portal

KUIH LEMPER SEBAGAI SIMBOL PERAYAAN MASYARAKAT JAWA DI KAMPUNG SUNGAI TIANG TENGAH, BAGAN DATUK, PERAK


Citation

MUHAMMAD MUAZ ABDUL MALEK (2025) KUIH LEMPER SEBAGAI SIMBOL PERAYAAN MASYARAKAT JAWA DI KAMPUNG SUNGAI TIANG TENGAH, BAGAN DATUK, PERAK. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Negeri Perak terkenal dengan kepelbagaian warisan yang mencerminkan identiti masyarakat tempatan. Kebanyakan makanan warisan tempatan yang menjadi salah satu warisan kebudayaan tidak ketara mempunyai pengaruh dan campuran budaya hasil daripada migrasi masyarakat lalu seperti Jawa, Banjar, Arab, Cina dan India. Walau bagaimanapun, kebanyakan proses pembuatan makanan warisan kurang difahami dan diamalkan oleh generasi muda serta seterusnya menyebabkan makanan warisan yang sedia ada kurang dikenali seperti kuih lemper. Oleh itu, kajian ini memfokuskan mengenai peranan kuih Lemper sebagai simbol perayaan dalam masyarakat Jawa di Kampung Sungai Tiang Tengah, Bagan Datuk, Perak. Kuih Lemper bukan sekadar makanan tradisional tetapi juga mempunyai makna simbolik yang mendalam dalam kehidupan masyarakat Jawa. Tiga objektif utama dibentuk bagi kajian ini iaitu: mengenal pasti makna simbolik kuih Lemper, mengkaji kaedah pembuatannya, serta menganalisis langkah-langkah pelestarian kuih lemper dalam kalangan generasi muda. Pendekatan kualitatif digunakan dengan reka bentuk kajian, kajian kes. Kaedah bagi mendapatkan data kualitatif adalah temu bual dan pemerhatian. Lapan informan kajian seperti penduduk kampung, pakar kuih tradisional, dan pemimpin masyarakat setempat didekati dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Kesemua data yang diperolehi daripada lapangan dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil dapatan kajian yang diekstrak menghasilkan tema-tema berikut: sejarah dan asal-usul, jenis kuih Lemper, waktu dan masa, proses penyediaan kuih, persepsi dan makna kuih kepada masyarakat, cabaran untuk melestarikan dan langkah-langkah pelestarian kuih Lemper. Oleh itu, pelbagai langkah pelestarian dicadangkan, termasuk pendidikan kulinari, dokumentasi resipi, dan promosi melalui media sosial serta acara budaya. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan makanan warisan dalam mengekalkan identiti budaya sesuatu komuniti.
Kata kunci: Kuih Lemper, masyarakat Jawa, makanan warisan, pelestarian, simbol perayaan, warisan kebudayaan tidak ketara.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD MUAZ BIN ABDUL MALEK_C21A1853.pdf] Text
MUHAMMAD MUAZ BIN ABDUL MALEK_C21A1853.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 82
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17124
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2