Digital Special Collection Portal

PELESTARIAN KUIH GEGATAS DALAM KALANGAN MASYARAKAT BANJAR DI MUKIM SLIM, PERAK


Citation

MUHAMMAD HARITH DANIAL ADNAN (2025) PELESTARIAN KUIH GEGATAS DALAM KALANGAN MASYARAKAT BANJAR DI MUKIM SLIM, PERAK. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Kuih gegatas merupakan salah satu makanan warisan di bawah warisan kebudayaan tidak ketara masyarakat Banjar yang kaya dengan nilai budaya, sejarah, dan identiti masyarakat. Namun, keunikan dan kepentingan kuih ini semakin terhakis akibat daripada permintaan yang terhad dan kurangnya minat dalam kalangan generasi muda dalam pembuatan kuih tersebut. Justeru, matlamat utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengekalkan dan memartabatkan kuih gegatas sebagai salah satu warisan budaya masyarakat Banjar di Mukim Slim, Perak. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu: mengenal pasti peranan kuih gegatas, mengkaji kaedah penyediaan kuih gegatas dan menganalisis langkah pelestarian kuih gegatas dalam kalangan masyarakat Banjar di Mukim Slim, Perak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kajian kes sebagai reka bentuk kajian serta menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Lapan orang informan yang terdiri daripada masyarakat banjar, penjual kuih tradisional, dan pihak berkepentingan telah didekati dengan menggunakan teknik pensampelan bebola salji. Kajian ini seterusnya dianalisis menggunakan analisis tematik. Terdapat beberapa tema yang diekstrak hasil daripada analisis kajian iaitu: sejarah dan asal usul kuih gegatas, jenis-jenis kuih yang wujud, bahan-bahan serta langkah penyediaannya, peranan kuih ini dalam masyarakat, identiti budaya yang dibawa, cabaran yang dihadapi, dan langkah-langkah pelestarian yang boleh dilaksanakan. Kajian ini juga mencadangkan beberapa inisiatif yang perlu diambil oleh pihak berkepentingan seperti mempromosikan kuih gegetas melalui media sosial, penglibatan aktif generasi muda dalam proses pembuatan, serta penubuhan bengkel atau program pendidikan untuk memperkenalkan kuih ini kepada masyarakat luas. Kesimpulannya, kuih gegatas merupakan warisan budaya yang perlu dipelihara dan dihargai selain memastikan kelangsungan kuih tradisional ini terus menjadi sebahagian daripada identiti dan kekayaan budaya masyarakat Banjar di Mukim Slim, Perak.
Kata kunci: Kuih gegatas, Masyarakat Banjar, Pelestarian budaya, Makanan warisan, warisan kebudayaan tidak ketara

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD HARITH DANIAL BIN ADNAN_ C21A1840.pdf] Text
MUHAMMAD HARITH DANIAL BIN ADNAN_ C21A1840.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 86
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17123
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2