Digital Special Collection Portal

KAJIAN MENGENAI PERANAN GENDER DALAM TARIAN ZAPIN DI BATU PAHAT, JOHOR


Citation

MOHAMAD AKMAL ISKANDAR HERMAN (2025) KAJIAN MENGENAI PERANAN GENDER DALAM TARIAN ZAPIN DI BATU PAHAT, JOHOR. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Tarian zapin merupakan salah satu warisan kebudayaan tidak ketara yang menjadi identiti masyarakat Johor. Setiap pemain dan penari yang mempersembahkan tarian Zapin mempunyai peranan gender yang tersendiri. Namun, setiap gender tidak mempunyai peranan yang sama rata sehingga menghalang individu untuk mendapatkan peluang kerjaya yang lebih luas dalam bidang seni persembahan. Justeru, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mendalami perbezaan gender dalam tarian Zapin di Batu Pahat, Johor. Terdapat tiga objektif utama iaitu: mengenal pasti peranan gender dalam tarian Zapin, mengkaji perspektif masyarakat terhadap percampuran gender dalam tarian Zapin dan menganalisis langkah pelestarian tarian Zapin di Batu Pahat, Johor. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran yang melibatkan data kualitatif melalui temu bual dengan empat informan yang berpengetahuan dalam seni persembahan dan data kuantitatif melalui tinjaun yang meliputi 60 responden. Kedua-dua data telah dianalisis menggunakan analisis tematik dan analisis deskriptif. Terdapat tema-tema utama yang diekstrak melalui data kajian seperti: sejarah dan latar belakang tarian Zapin, elemen dalam tarian, identiti budaya tempatan dalam seni persembahan, pandangan sosial terhadap kesetaraan gender dan pelestarian dalam seni persembahan. Oleh itu, program sebagai salah satu langkah pelestarian tarian Zapin campuran adalah penting sebagai usaha untuk memelihara warisan tidak ketara di Batu Pahat, Johor. Dengan langkah-langkah yang tepat, diharapkan Tarian Zapin dapat terus berkembang dan dihargai oleh generasi akan datang.
Kata Kunci: Peranan Gender, perspektif masyarakat Batu Pahat, Pelestarian, Pendidikan, Seni persembahan Tarian Zapin, Warisan tidak ketara.

Download File / URL

[thumbnail of MOHAMAD AKMAL ISKANDAR BIN HERMAN_C21A1786.pdf] Text
MOHAMAD AKMAL ISKANDAR BIN HERMAN_C21A1786.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 110
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17121
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2