Muzium Orang Asli Gombak, Selangor merupakan muzium yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Pengendalian Muzium Orang Asli Gombak bermatlamat untuk mendidik orang ramai mengenai sejarah dan perkembangan orang Asli Malaysia (Jabatan Kemajuan Orang Asli). Namun, kedatangan pengunjung ke Muzium Orang Asli Gombak kurang mendapat sambutan kerana lokasi muzium yang jauh dan kurang pengangkutan awam untuk ke muzium. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh muzium bagi memastikan pengunjung tertarik untuk berkunjung ke muzium. Kajian ini juga mempunyai tiga objektif utama iaitu: mengenalpasti faktor yang menyebabkan Muzium Orang Asli Gombak kurang mendapat sambutan, mengkaji persepsi pengunjung terhadap Muzium Orang Asli Gombak dan menganalisis tindakan pihak pengurusan Muzium Orang Asli Gombak untuk menarik pengunjung. Kajian ini menggunakan pendekatancampuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kesemua data didapati melalui temu bual, pemerhatian dan tinjauan. Seramai empat informan dan 321 orang responden telah mengambilbahagian dalam kajian ini melalui teknik pensampelan bertujuandan pensampelan mudah secara rawak. Kedua-dua data kualitatif dan kuantitatif dianalisis menggunakan analisis tematik dan analisis deskriptif. Terdapat beberapa tema yang diekstrak daripada analisis data seperti jenis pengunjung, masalah yang dihadapi oleh muzium, koleksi pameran, aktiviti muzium, langkah memastikan pameran dan koleksi sentiasa relevan, strategi promosi dan kerjasama muzium dengan pihak berkepentingan. Oleh itu, kajian ini menyumbang sebagai sumber rujukan saintifik kepada pengkaji-pengkaji lain dan pihak berkenaan mengenai persepsi pengunjung terhadap muzium dan faktor yang menyebabkan muzium kurang mendapat sambutan.