Digital Special Collection Portal

PERSEPSI MASYARAKAT BACHOK, KELANTAN TERHADAP MAKYUNG TRADISIONAL DAN MAKYUNG PATUH SYARIAH


Citation

MAIZATUL NAYLI MIOR MURTAZIAN (2025) PERSEPSI MASYARAKAT BACHOK, KELANTAN TERHADAP MAKYUNG TRADISIONAL DAN MAKYUNG PATUH SYARIAH. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Abstract

Makyung tradisional merupakan salah satu warisan yang berasal dari negeri Kelantan. Keunikan yang terdapat dalam warisan ini menyebabkan ia telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan budaya tidak ketara. Walau bagaimanapun, persembahan Makyung tradisional sering dikaitkan dengan unsur mistik. Oleh itu, pihak kerajaan negeri Kelantan telah mewujudkan makyung patuh syariah untuk memastikan warisan makyung terus terpelihara dan diperkenalkan kepada masyarakat. Kajian ini telah memfokuskan kepada tiga objektif utama iaitu mengenal pasti perbezaan antara makyung tradisional dan makyung patuh syariah di Kelantan, mengkaji persepsi masyarakat terhadap makyung tradisional dan makyung patuh syariah di Kelantan dan menganalisis langkah yang perlu dilakukan oleh masyarakat Bachok bagi melestarikan makyung tradisional dan makyung patauh syariah dalam kalangan masyarakat Kelantan. Bagi mendapatkan data untuk kajian ini, pendekatan campuran telah digunakan iaitu temu bual, analisis video dan borang soal selidik. Seramai 17 orang informan yang telah ditemu bual dan 340 orang responden yang telah dikumpulkan bagi menjawab borang soal selidik. Daripada data yang diperoleh, analisis data yang digunakan adalah analisis tematik bagi kaedah kualitatif dan analisis deskriptif bagi kaedah kuantitatif. Terdapat lapan tema yang telah dikeluarkan bagi kajian ini, antaranya ialah makyung tradisional, makyung patuh syariah, adat dan pantang larang, perbezaan makyung tradisional dan makyung patuh syariah, persepsi masyarakat terhadap makyung tradisional dan makyung patuh syariah, cabaran melaksanakan makyung, pelestarian seni persembahan makyung dan kepentingan makyung kepada masyarakat. Oleh itu, pengkaji mengharapkan penyelidikan berterusan dijalankan berkaitan makyung tradisional dan makyung patuh syariah. Pihak yang bertanggungjawab juga perlu memperbanyakkan lagi persembahan makyung tradisional dan makyung patuh syariah supaya dikenali oleh lebih ramai masyarakat.
Kata Kunci : Makyung, Makyung Patuh Syariah, Seni persembahan, Persepsi, Pemelihaan

Download File / URL

[thumbnail of MAIZATUL NAYLI BINTI MIOR MURTAZIAN_C21A1778.pdf] Text
MAIZATUL NAYLI BINTI MIOR MURTAZIAN_C21A1778.pdf

Download (13MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 186
Supervisor: DR. AINUL WAHIDA BINTI RADZUAN
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17119
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2