Digital Special Collection Portal

PELESTARIAN PANTUN DALAM KALANGAN KOMUNITI FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN MELALUI MEDIA SOSIAL TIKTOK


Citation

Che Nurul Amirah Che Daud (2025) PELESTARIAN PANTUN DALAM KALANGAN KOMUNITI FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN MELALUI MEDIA SOSIAL TIKTOK. Final Year Project thesis, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. (Submitted)

Abstract

Puisi tradisional seperti pantun adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu yang kaya dengan nilai estetika dan moral. Namun, era digital membawa perubahan besar dalam corak komunikasi. Generasi muda yang berpotensi melemahkan hubungan mereka dengan warisan budaya ini. Generasi muda semakin kurang berminat terhadap pantun kerana lebih tertarik dengan hiburan moden berbentuk digital serta menganggap pantun sukar difahami dan kurang relevan dalam konteks semasa. Di tambah pula dengan kurangnya pendedahan formal tentang nilai tradisional ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat komuniti Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan terhadap puisi tradisional khususnya pantun serta mengkaji tahap pemahaman dan penghayatan komuniti tersebut terhadap pantun. Menggunakan pendekatan kaedah campuran iaitu gabungan kualitatif dan kuantitatif. Data dikumpul melalui soal selidik dalam talian untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai penggunaan TikTok sebagai medium pelestarian pantun. Hasil kajian menunjukkan bahawa 71.33% daripada 214 responden menggunakan TikTok untuk menonton atau mencipta kandungan berkaitan pantun manakala hampir 90% responden menunjukkan minat positif terhadap pantun dan menganggap TikTok sebagai platform yang sesuai untuk menyampaikan nilai budaya ini. Bagi memperkukuhkan usaha pelestarian pantun, disarankan agar pembangunan kandungan pantun yang lebih kreatif dan interaktif di TikTok diteruskan untuk menarik minat generasi muda. Kolaborasi dengan influencer atau pencipta kandungan popular dilakukan untuk mempromosikan pantun serta pendidikan sastera tradisional di integrasikan dalam kurikulum formal dengan pendekatan yang lebih inovatif dan mengadakan bengkel atau pertandingan pantun secara maya bagi menggalakkan penglibatan aktif golongan muda.
Kata kunci: Pelestarian, Pantun, Komuniti Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, TikTok

Download File / URL

[thumbnail of CHE NURUL AMIRAH BINTI CHE DAUD_C21A2256.pdf] Text
CHE NURUL AMIRAH BINTI CHE DAUD_C21A2256.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2025
Number of Pages: 191
Supervisor: DR. NORDIANA BINTI AB JABAR
Institution: UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17105
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2