Digital Special Collection Portal

Lentera Hikmah Naib Canselor #53: Teras 4: Penyelidikan dan inovasi – pengukuhan ekosistem penyelidikan, pembangunan, inovasi, komersialisasi dan jaringan strategik ke arah ekonomi berimpak mampan


Citation

Arham Abdullah (2026) Lentera Hikmah Naib Canselor #53: Teras 4: Penyelidikan dan inovasi – pengukuhan ekosistem penyelidikan, pembangunan, inovasi, komersialisasi dan jaringan strategik ke arah ekonomi berimpak mampan. [Corporate Memory]

Abstract

Teras 4: Penyelidikan dan inovasi – pengukuhan ekosistem penyelidikan, pembangunan, inovasi, komersialisasi dan jaringan strategik ke arah ekonomi berimpak mampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa.

Dalam kerangka UMK30, Teras 4 memberi penekanan kepada pengukuhan ekosistem Penyelidikan dan Inovasi sebagai pemacu utama universiti dalam menjana nilai ekonomi dan sosial berimpak mampan. Teras ini diterajui di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sebagai peneraju transformasi ekosistem penyelidikan universiti.

Seiring dengan aspirasi tersebut, universiti memperkenalkan ekosistem RDICES sebagai kerangka menyeluruh yang mengintegrasikan:
R – Research
D – Development
I – Innovation
C – Commercialisation
E – Entrepreneurship
S – Strategic Networking

Ekosistem RDICES dibangunkan bagi memastikan keseluruhan rantaian nilai penyelidikan bergerak secara sistematik dan saling berhubung, bermula daripada penjanaan idea penyelidikan, pembangunan teknologi, inovasi, pengkomersialan, keusahawanan sehingga pembentukan jaringan strategik yang mampan.

Pendekatan ini juga selari dengan aspirasi nasional melalui Rangka Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, khususnya Lonjakan 6: RDICE Bertanggungjawab, yang menekankan pembangunan ekosistem penyelidikan, pembangunan dan inovasi yang beretika, berorientasikan misi serta memberi manfaat langsung kepada masyarakat dan negara.

Dalam landskap pendidikan tinggi yang semakin kompleks, universiti perlu beroperasi dalam ekosistem yang terbuka, dinamik dan saling berhubung berasaskan model Quadruple Helix yang mengintegrasikan universiti, industri, kerajaan dan komuniti.

Universiti bukan lagi sekadar pusat penghasilan ilmu, tetapi berperanan sebagai penggerak inovasi, pemangkin pembangunan ekonomi dan rakan strategik penyelesaian isu masyarakat.

Selaras dengan itu, Teras 4 diperkukuh melalui Objektif Strategik 7 (OS7) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan ekosistem penyelidikan secara holistik melalui:
• Pelaksanaan strategi Grant Hunting yang lebih agresif, tersasar dan berimpak tinggi;
• Peningkatan kualiti cadangan penyelidikan serta kadar kejayaan geran;
• Pengukuhan kluster penyelidikan berfokus;
• Pemerkasaan bakat penyelidik melalui inisiatif Ilmuwan Ulung UMK; dan
• Pembangunan sistem pengurusan dan pemantauan penyelidikan bersepadu melalui UMK Scholar360.

Strategi Grant Hunting dilaksanakan secara strategik melalui pemetaan peluang geran nasional dan antarabangsa, proposal clinic, mock evaluation serta pembentukan pasukan penyelidik rentas disiplin yang kompetitif. Pendekatan ini memastikan kesinambungan pembiayaan penyelidikan dan meningkatkan reputasi akademik universiti.

Dalam masa yang sama, UMK Scholar360 diperkenalkan sebagai sistem pintar yang menyokong tadbir urus penyelidikan berasaskan data, merangkumi pengurusan geran, prestasi penerbitan, impak sitasi, pemetaan kepakaran, analitik prestasi dan pemantauan KPI secara menyeluruh. Sistem ini memperkukuh kecekapan, ketelusan dan keberkesanan pengurusan penyelidikan dan inovasi universiti.

Selari dengan Objektif Strategik 8 (OS8), universiti memperkukuh komponen Innovation, Commercialisation dan Entrepreneurship dalam ekosistem RDICES melalui:
• Pelaksanaan Grass-Root Innovation Mapping (GIM) bagi memetakan inovasi berdasarkan tahap Technology Readiness Level (TRL);
• Pembangunan prototaip dan dana pra-pengkomersialan;
• Pemerkasaan harta intelek;
• Pembangunan start-up dan spin-off;
• Pelaksanaan Research–Industry Matching dan technology pitching; serta
• Pengembangan jaringan strategik bersama industri dan agensi.

Pendekatan GIM membolehkan inovasi yang lahir di peringkat akar umbi dikenal pasti secara sistematik dan dipercepatkan ke laluan pengkomersialan mengikut tahap kesiapsiagaan teknologi.

UMK turut memberi penekanan kepada pembangunan fizikal ekosistem penyelidikan melalui pengukuhan makmal berfokus, fasiliti prototaip, ruang inkubasi dan infrastruktur inovasi yang menyokong aktiviti pengkomersialan dan keusahawanan teknologi. Pembangunan ini dirancang secara strategik agar selari dengan bidang tujahan dan kluster kecemerlangan universiti.

Inisiatif Ilmuwan Ulung UMK pula berfungsi sebagai platform pembangunan bakat penyelidik berprestasi tinggi yang bertindak sebagai research champions dan thought leaders. Melalui inisiatif ini, universiti berhasrat melahirkan penyelidik yang mampu memimpin geran berskala besar, membina jaringan antarabangsa dan menghasilkan inovasi bernilai komersial.

Keseluruhannya, ekosistem RDICES menyokong pencapaian KPI 11 hingga KPI 14, yang memfokuskan kepada pengukuhan penyelidikan, peningkatan komersialisasi inovasi dan peluasan jaringan strategik universiti.
Hasil usaha bersepadu ini, UMK telah tersenarai dalam tujuh universiti awam teratas Malaysia bagi jumlah permohonan paten pada tahun 2025 dengan merekodkan 11 permohonan paten yang merupakan satu pencapaian yang mencerminkan kematangan dan keberkesanan ekosistem inovasi universiti.

Saya yakin bahawa melalui pengukuhan ekosistem RDICES yang selari dengan prinsip RDICE Bertanggungjawab dalam Lonjakan 6 RPTM, UMK mampu berfungsi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi berasaskan penyelidikan dan keusahawanan, sekali gus merealisasikan aspirasi universiti yang bukan sahaja menghasilkan ilmu, tetapi mencipta nilai dan memberi impak mampan kepada negara.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Arham Abdullah

Download File / URL

[thumbnail of BANNER LH#53.jpg] Image
BANNER LH#53.jpg

Download (407kB)
[thumbnail of LENTERA HIKMAH #53.pdf] Text
LENTERA HIKMAH #53.pdf

Download (96kB)

Additional Metadata

Item Type: Corporate Memory
Collection Type: Naib Canselor
Date: 1 March 2026
Subject Heading: Communication
Subject Heading: Top management
Subject Heading: Reflections
Subject Heading: Vice Chancellor
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/17065
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2