Citation
Arham Abdullah (2026) Lentera Hikmah Naib Canselor #51: UMK30 Teras 2 : Akademik dan antarabangsa memperkasa program akademik unggul serta mengukuhkan jaringan global. [Corporate Memory] |
Abstract
UMK30 TERAS 2 : AKADEMIK DAN ANTARABANGSA MEMPERKASA PROGRAM AKADEMIK UNGGUL SERTA MENGUKUHKAN JARINGAN GLOBAL Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam UMK4U 1Hati 1Jiwa. Sebagai kesinambungan Lentera Hikmah berkaitan UMK30 yang lepas, minggu ini saya memfokuskan kepada Teras 2 : Akademik dan Antarabangsa, yang menekankan pemerkasaan program akademik unggul serta mengukuhkan jaringan global universiti. Teras ini diterajui oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan menuntut pelaksanaan yang strategik, berfokus serta bersepadu di peringkat fakulti, pusat tanggungjawab dan seluruh warga akademik. Saya percaya bahawa isu kerelevanan program akademik bukan sahaja dihadapi oleh UMK, malah merupakan cabaran global yang merentasi institusi pendidikan tinggi di seluruh negara. Landskap pendidikan tinggi yang dinamik menuntut penyesuaian berterusan agar institusi kekal relevan dan berdaya saing. Namun demikian, mandat UMK sebagai universiti keusahawanan memberikan kelebihan kepada kita untuk bergerak dengan momentum yang lebih kukuh dalam menyesuaikan kurikulum, pemerkasaan kolaborasi industri serta pemerkasaan tadbir urus akademik yang cekap bagi memastikan program yang ditawarkan sentiasa responsif terhadap perkembangan teknologi, keperluan industri dan tuntutan landskap global. Di bawah Objektif Strategik 3 : Memperkasa Program Akademik Unggul serta Pendidikan Digital, penekanan diberikan kepada usaha memastikan program akademik sentiasa berkualiti tinggi, relevan dan berdaya saing. Cabaran utama yang dihadapi ialah kepantasan perkembangan teknologi yang menyebabkan kandungan kursus mudah ketinggalan, sedangkan proses semakan kurikulum lazimnya memerlukan tempoh yang panjang dan berstruktur. Sehubungan dengan itu, fakulti perlu melaksanakan penambahbaikan kurikulum secara lebih responsif dan berasaskan kolaborasi strategik bersama pihak industri bagi menjamin kerelevanan serta kesiapsiagaan masa hadapan. Penglibatan penasihat industri, profesor adjung dan pakar profesional wajar diperkasa secara sistematik. Pada masa yang sama, pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman serta peluasan pendedahan industri perlu diperkukuh agar graduan yang dilahirkan benar-benar kompeten dan bersedia menghadapi dunia pekerjaan. Dalam tempoh pelaksanaan pelan strategik ini, integrasi elemen kecerdasan buatan (AI) dalam program prasiswazah akan diperkasa secara berfasa dan sistematik sehingga tahun 2030. Fakulti bertanggungjawab memastikan elemen tersebut diarusperdanakan secara holistik dalam kandungan kursus, pendekatan pedagogi serta kaedah penilaian, selaras dengan keperluan dan konteks disiplin masing-masing. Di samping itu, universiti akan memperluas penawaran program berteraskan kelestarian, memperkukuh program fleksibel dan mikro-kredensial, memantapkan Model Ulul Albab, serta membangunkan modul dan pensijilan profesional yang responsif terhadap keperluan industri dan agenda pembelajaran sepanjang hayat. Di bawah Objektif Strategik 4 : Meningkatkan Keterlihatan Kecemerlangan Akademik di Peringkat Antarabangsa, fokus utama adalah memperkukuh kedudukan dan reputasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam penarafan global, khususnya di peringkat Asia. Sehubungan itu, universiti akan mempergiat mobiliti pelajar dan penempatan staf di industri serta organisasi yang strategik secara berstruktu. Selain itu memperluas jaringan kerjasama akademik antarabangsa, serta membangunkan program kolaboratif berasaskan model Transnational Education (TNE). Ke hadapan, saya mahu agenda pengantarabangsaan dan pengukuhan akademik hendaklah digerakkan sebagai tanggungjawab kolektif yang dilaksanakan secara bersepadu di peringkat fakulti dan universiti. Melalui pelaksanaan yang berfokus, tersusun dan konsisten, saya yakin UMK akan terus memperkukuh kualiti akademik serta meningkatkan keterlihatan globalnya, sejajar dengan aspirasi dan sasaran strategik universiti menjelang tahun 2030. Sekian, terima kasih. Ikhlas, |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 15 February 2026 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/16848 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
