Digital Special Collection Portal

Komunikasi terapeutik pegawai khidmat nasihat keluarga dalam konflik nafkah perkahwinan di pantai timur Malaysia


Citation

Abdul Rahman Mamat (2024) Komunikasi terapeutik pegawai khidmat nasihat keluarga dalam konflik nafkah perkahwinan di pantai timur Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Penggunaan gaya dan teknik komunikasi yang betul merupakan aspek yang sangat penting dalam usaha menyelesaikan konflik antara pasangan suami isteri berkaitan isu-isu yang timbul dalam perkahwinan. Teknik komunikasi menentukan sama ada permasalahan yang dihadapi dapat membawa kepada hubungan rumahtangga yang lebih harmoni atau sebaliknya. Kajian ini meneroka pola komunikasi terapeutik dalam kalangan Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga, Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam di Pantai Timur Malaysia. Kajian ini menggabungkan konsep dan prinsip dalam teori hisbah al-Ghazali. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan informan- informan di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Peserta kajian dipilih secara pensampelan bertujuan. Data diperoleh melalui temu bual, pemerhatian turut serta dan analisis dokumen. Instrumen kajian terdiri daripada protokol temu bual, senarai semak pemerhatian, dan senarai semak analisis dokumen. Teknik temu bual separa berstruktur digunakan dan ditadbir mengikut kategori informan. Sumber-sumber sekunder seperti kertas kerja, artikel, buku dan kajian ilmiah dirujuk bagi memantapkan kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan data kajian dinilai melalui proses kajian rintis, triangulasi data, pengesahan peserta kajian, penilaian rakan, jejak audit dan catatan nota lapangan. Data kajian dianalisis secara tematik dan dapatan utama kajian mendapati bahawa terdapat dua peranan utama Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga iaitu pertama, membantu pasangan suami isteri menangani konflik dan kedua, sebagai orang tengah dalam memulihkan hubungan kekeluargaan. Melalui amalan hisbah akhlak pasangan suami isteri berupaya mengubah diri menjadi insan yang bertakwa dan beriman kepada Allah S.W.T dengan mematuhi suruhan dan larangan-Nya. Peserta kajian juga berpendapat bahawa komunikasi terapeutik berupaya untuk mengurangkan kadar perceraian yang berlaku. Peserta kajian turut mencadangkan kerajaan negeri mengadakan program kesedaran dan pengukuhan komunikasi terapeutik yang dapat membantu meningkatkan hubungan komunikasi antara pasangan suami isteri. Di samping itu, dapatan kajian ini juga menyediakan input relevan yang boleh dijadikan panduan untuk dasar kerajaan yang disasarkan untuk meningkatkan kriteria sebuah keluarga yang sejahtera.

Download File / URL

[thumbnail of ABDUL RAHMAN BIN MAMAT.pdf] Text
ABDUL RAHMAN BIN MAMAT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2024
Number of Pages: 296
Research Type: Qualitative
Supervisor: Dr. Asma Lailee Mohd Noor.
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/16810
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2