Digital Special Collection Portal

Pengaruh orientasi keusahawanan sebagai pengantaraterhadap hubungan antara keupayaan perniagaan danprestasi perniagaan sosial pemula B40 di Malaysia


Citation

Muhammad Fazlan Mohd Husain (2024) Pengaruh orientasi keusahawanan sebagai pengantaraterhadap hubungan antara keupayaan perniagaan danprestasi perniagaan sosial pemula B40 di Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Prestasi perniagaan melalui pencapaian prestasi sosial, ekonomi, dan persekitaran yang berjaya seringkali dikaitkan mempunyai hubungan dengan keupayaan perniagaan sosial (KPS) dan orientasi keusahawanan (OK) dan telah banyak dikaji dalam kajian- kajian lepas. Walau bagaimanapun, kurang tumpuan diberikan kepada perniagaan sosial pemula yang berpendapatan isi rumah terendah Bawah 40 (PSP B40), terutama di Pantai Timur, Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan jika terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi perniagaan sosial pemula (PPSP), OK dan KPS di Malaysia dan pengaruh OK sebagai pengantara terhadap hubungan antara kedua pemboleh ubah ini. Bagi mencapai objektif ini, satu model konseptual dibangunkan berdasarkan Teori berasaskan Sumber, Barney dan Hesterly (2020). Teori ini mendasari pemboleh ubah bersandar iaitu PPSP. Teori Keupayaan Dinamik (Teece et al., 1997) pula mendasari pemboleh ubah bebas, KPS. Sementara Model OK oleh Covin dan Slevin, (1989); Hughes dan Morgan (2007) mendasari pemboleh ubah pengantara iaitu OK. Kajian ini menggabungkan kumpulan teori dan model tersebut lalu membentuk satu konsep asas kerangka kajian bagi mengukur pemboleh-ubah- pemboleh ubah dalam kajian ini. Analisis kuantitatif menggunapakai perisian – Prosidur Sistematik Pelaksanaan – Analisis Model Persamaan Berstruktur (PLS-SEM 4.0). Nilai Alfa Cronbach dan komposit reliabiliti menunjukkan item telah mencapai tahap kebolehpercayaan. Sementara analisis untuk mengukur kesahan menumpu dan kesahan diskriminan telah memberi bukti instrumen memenuhi kriteria yang diperlukan. Terdapat hubungan yang signifikan antara PPSP, KPS dan OK. Keputusan menunjukkan PSPP B40 mengusulkan OK mempunyai pengaruh sebagai pengantara antara KPS dan PPSP. Keputusan ini menyangkal bahawa PSP B40 mempunyai prestasi perniagaan yang lemah. Begitu juga dengan pengaruh OK sebagai pengantara membantu PSP B40 melaksanakan misi sosial dengan tahap pengambilan risiko, inovasi, dan proaktif yang tinggi. PSP B40 telah mempamerkan keupayaan pengurusan, berinovatif, dan mengurus informasi secara cekap dalam mengenal pasti peluang dan melaksanakan perniagaan sosial mereka. Kajian ini telah mengintegrasikan Teori berasaskan Sumber, Teori Keupayaan Dinamik dan Model Orientasi Keusahawanan dalam kalangan PSP B40 dengan praktikal dan objektif. Sumbangan praktis ini boleh digunapakai sebagai petunjuk dan memandu PSP B40 yang baharu bagi mengukur tahap-tahap prestasi perniagaan melalui pencapaian prestasi sosial, ekonomi, dan persekitaran. Beberapa implikasi kajian dan cadangan disyorkan terhadap pembentukan dasar dan amalan tentang bagaimana PSP B40 menggunakan sumber-sumber dalaman dan keupayaan bagi mencapai kelebihan persaingan dan mengeksploitasi peluang-peluang.

Download File / URL

[thumbnail of Muhammad Fazlan Mohd Husain.pdf] Text
Muhammad Fazlan Mohd Husain.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2024
Number of Pages: 221
Research Type: Quantitative
Supervisor: Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim
Programme: Master of Entrepreneurship
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/16702
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2