Digital Special Collection Portal

Kajian kes pelaksanaan pentaksiran alternatif menggunakan Massive Open Online Course (MOOC) bagi pembelajaran berasaskan studio di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)


Citation

Nur Dini Hazri (2024) Kajian kes pelaksanaan pentaksiran alternatif menggunakan Massive Open Online Course (MOOC) bagi pembelajaran berasaskan studio di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Pendidikan pada masa kini semakin berubah sejajar dengan kemajuan teknologi yang pesat. Secara tidak langsung, perkara ini mendatangkan impak terhadap sistem pendidikan yang sememangnya bergantung kepada teknologi. Antara teknologi pendidikan yang sedang pesat dibangunkan ialah Massive Open Online Course atau MOOC yang merupakan salah satu gerakan inovatif dalam pembelajaran terbuka dan pendidikan jarak jauh. Pembangunan kursus dalam MOOC yang meluas boleh diikuti dan disesuaikan dengan permintaan serta keperluan yang berbeza semasa proses reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan. Beberapa tahun kebelakangan ini, MOOC diketahui sebagai peralihan aktiviti pendidikan secara konvensional kepada pendidikan secara maya yang semakin berkembang disebabkan oleh pembesaran ruang dalam talian. Platform ini membolehkan orang ramai untuk mengambil kursus akademik secara dalam talian di universiti terkemuka melalui akses terbuka ke laman web dengan penyertaan tanpa had. Kajian ini bertujuan untuk melihat penerimaan pembelajaran aktif pelajar menggunakan pentaksiran alternatif melalui MOOC pada peringkat pengajian tinggi. Kajian ini adalah untuk mengkaji pelaksanaan pentaksiran alternatif menggunakan MOOC bagi pembelajaran berasaskan studio di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan menggunakan platform OpenLearning. Hal ini dikatakan demikian kerana masih tidak banyak pentaksiran alternatif yang dilaksanakan dalam MOOC. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk menyiasat bahan-bahan pembelajaran dalam talian yang bersesuaian serta berfokuskan kepada penilaian berterusan bagi pelajar yang mengambil kursus elektif bagi Pengajian Skrin iaitu yang mengambil kursus Skrip dan Papan Cerita di UMK. Ia bertujuan untuk mengetahui bagaimana pentaksiran alternatif boleh menjadi efektif dengan penggunaan instrumen atau bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk penilaian berterusan. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji tahap penerimaan pelajar terhadap pelaksanaan pentaksiran alternatif bagi pelajar elektif Pengajian Skrin yang mengambil kursus Skrip dan Papan Cerita di UMK. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif (temu bual pakar) mengenai kandungan modul dan bahan pembelajaran yang disediakan dan kuantitatif (tinjauan soal selidik kepada pelajar) untuk melihat tahap penerimaan pelajar terhadap pentaksiran alternatif. Kajian ini berjaya mengenal pasti strategi pentaksiran alternatif yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar seperti aktiviti, latihan, penilaian dan rujukan berdasarkan hasil kajian ini. Hasil akhir tahap penerimaan pelajar menunjukkan platform berada pada kedudukan yang tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.345 manakala penilaian berada pada kedudukan yang paling rendah dengan nilai min keseluruhan 4.277 berikutan kurangnya pelaksanaan penilaian secara dalam talian. Oleh hal yang demikian, kajian lanjutan mengenai pentaksiran alternatif seharusnya diperbanyakkan kerana ia sudah mula digunakan sebagai persekitaran baharu pembelajaran pada peringkat pengajian tinggi. Kajian ini boleh dilanjutkan kepada kursus MOOC lain yang berkaitan.

Download File / URL

[thumbnail of NUR DINI BINTI HAZRI.pdf] Text
NUR DINI BINTI HAZRI.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2024
Number of Pages: 223
Research Type: Quantitative
Supervisor: Prof. Madya Ts. Dr. Anuar Mohd Yusof
Programme: Master of Arts
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/16700
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2